RAMBUT yang lurus, berkilau dan lembut merupakan idaman setiap wanita.

Bagi mereka yang berambut kerenting, untuk meluruskan mahkota tersebut, ramai yang memilih untuk ke salon.

Bukan apa, rambut yang lurus lebih mudah diurus.

Pun begitu, jika kerap melakukan teknik rebonding, rambut boleh jadi kering dan cepat rosak.

SUMBER gambar hiasan daripada CANVA.

Justeru, SinarPlus pada kali ini ingin kongsikan cara untuk mendapatkan rambut yang bukan sahaja lurus tetapi cantik terurus.

Paling penting, bahan alami yang digunakan adalah lebih selamat dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Bukan itu sahaja, tip orang lama yang dikongsikan pengguna TikTok menggunakan username, petua_ibu juga murah dan menjimatkan.

 

Baca juga: Tak suka tengok blender kuning. Lelaki ini kongsi petua guna 4 bahan asas sahaja

Baca juga: Wanita ini kongsi petua paling win untuk kulit wajah cerah berseri, guna kunyit & beras jer. Mudah, jimat & menjadi!

Baca juga: Petua telur rebus licin berkilat, mudah kupas, letak 2 bahan ini dalam air

Beliau menggunakan kacang bendi sebagai bahan utama.

Berikut adalah cara penyediaanya:

Iklan

1 – Cuci bersih 10 hingga 12 biji bendi.
2 – Rebus bendi tersebut menggunakan air yang tidak terlalu banyak.
3 – Apabila air sudah mula mendidih, potong kecil-kecil bendi tersebut menggunakan gunting.
4 – Teruskan rebus bendi sehingga lendir pada sayuran tersebut keluar. Sejukkan.
5 – Setelah rebusan bendi sejuk, kisar bendi bersama air rebusan itu.
6 – Kemudian, tapis dan buang hampasnya.
7 – Siap dan sedia untuk disapu pada rambut.

Ujar pemilik akaun berkenaan, rambut perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum disapu merata.

“Rambut boleh dibalut dan dibiarkan selama 30 hingga 40 minit. Lagi lama lagi bagus.” ujarnya.

Iklan

Hasilnya pasti memuaskan hati. Anda semua kena cuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!