ISI ayam mentah biarpun dibeli segar boleh menjadi kurang ‘menarik’ apabila lama disimpan di dalam peti sejuk.

Warna asal seakan pucat dan tidak menarik boleh diubah kepada kemerah-merahan dalam masa lima minit.

Berikut petua dikongsikan Rohaida Ieda yang telah menerima 1,600 tanda suka di Facebook.

Ujarnya, cara digunakan cukup mudah dan hanya memerlukan garam dan air.

“Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar ialah ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.

“Biarkan selama lima minit dan cuci ayam seperti biasa

“Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar,kongsinya.

Menurut Public Health Malaysia, ayam mentah boleh disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari.

Manakala Healthline memberikan panduan ayam mentah yang dipotong boleh disimpan sehingga sembilan bulan jika dibekukan.

Bagi ayam yang belum dipotong, ia mampu bertahan selama setahun.

Ayam yang siap dimasak pula selamat disimpan di dalam peti sejuk beku selama dua hingga enam bulan.

Baca juga: Petua rebus kerang isi tak kecut, lembut & segar, ikut step ini elok kejadiannya

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

INFO MENCAIRKAN AYAM UNTUK DIMASAK

1-Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada suhu bilik melebihi empat jam perlu dielakkan kerana berisiko keracunan kerana terdedah kepada kuman dan bakteria.

2-Untuk keselamatan, letakkan ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku atau chiller) seharian.

3-Gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.

4-Anda juga boleh mencairkan ayam beku dengan merendamkan ia dengan air pili yang bersih.

5-Menggunakan periuk tekanan juga idea yang baik untuk mencairkan ayam beku sebelum dimasak.

Baca juga: Petua cuci siput sedut guna 1 bahan, lendir & hanyir hilang, tak perlu hampas kelapa

TANDA-TANDA AYAM SEGAR TELAH ROSAK

Iklan
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1-Ayam mentah yang melepasi tarikh ‘best by’ berkemungkinan besar telah rosak.

2-Perubahan warna: Ayam mentah dan dimasak yang rosak akan mula bertukar warna menjadi hijau atau kelabu. Bintik-bintik kelabu-hijau ini menunjukkan pertumbuhan bakteria.

3-Bau: Kedua-dua ayam mentah dan masak mengeluarkan bau berasid yang menyerupai amonia apabila ia rosak. Bagaimanapun, bau ini sukar untuk diperhatikan jika ayam telah diperap dengan sos, herba atau rempah ratus.

4-Tekstur: Ayam yang mempunyai tekstur berlendir sebenarnya telah rosak. Mencuci atau membilasnya dengan air tidak akan memusnahkan bakteria.

Jika anda mengesyaki ayam di dalam peti sejuk anda rosak, buang sahaja bagi mengelakkan keracunan.

Baca juga: Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh & letak 7 sudu bahan ini

Iklan

Baca juga: Awas jangan tertipu! Ikan nampak segar mungkin diawet guna formalin

Sumber: Rohaida Ieda, Public Health Malaysia 1, 2 , Healthline

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!