SEKARANG ini ramai yang demam dan selesema, seminggu on and off demam samnpai badan sakit sakit sehingga lesu.

Tidak dinafikan ada yang sampai seharian selesema, makan pun tak dapat dirasa. Hidung tersumbat berair manakala kepala pula sakit berdenyut denyut.

Mungkin ramai yang beranggapan simptom dialami selesema biasa walaupun sebenarnya ia gejala influenza.

Baca juga: Anak kecil hidap resdung lebih berisiko dijangkiti influenza dan Covid-19. Ini penjelasan pakar

Adakah influenza atau flu sama dengan demam selesema? Jawapannya tidak.

Walaupun kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama, influenza menyebabkan kesan dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang serius.

Berikut sembilan gejala yang boleh membezakan selesema dan influenza.

1.Influenza mengakibatkan gejala demam melebihi 38 darjah Celcius berbanding demam selesema kurang daripada itu.

2.Influenza akan menyebabkan keletihan dan lesu kepada penghidapnya dan ia boleh berlarutan selama dua hingga tiga minggu. Jika demam selesema ia sangat ringan.

3.Batuk bagi pesakit influenza teruk dan tidak berkahak pada peringkat awal. Bagi penghidap demam selesema tiada batuk atau ia sangat ringan.

4.Simptom hidung berair atau hingus, pesakit influenza tidak mengalaminya namun penghidap demam selesema akan melaluinya dengan teruk.

5.Pesakit influenza akan mengalami sakit tekak dan sakit kepala yang teruk manakala pesakit demam selesema tiada gejala ini atau ia sangat ringan.

6.Bagi penghidap influenza ia biasanya disebabkan oleh influenza A, B dan C manakala demam selesema disebabkan oleh adenovirus, rhinovirus, parainfluenza virus, coronavirus dan lain-lain.

Baca juga: Demam selesema biasa, influenza, denggi, ini tanda yang membezakan. Wanita wajib tahu

Baca juga: Demam panas tiba-tiba, simptom influenza, ini tindakan pantas perlu ibu ayah buat

10 info influenza

1-Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.

2-Di kawasan tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

3-Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Jangkitan juga berlaku melalui hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin atau tangan yang tercemar.

4-Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).

5-Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.

Iklan

6-Antara komplikasinya ialah pneumonia dan boleh mengakibatkan maut.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik

7-Rawatan simptomatik untuk influenza ialah seperti berikut:

-Minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk.
-Amalkan makan secara sihat dan tidur/rehat secukupnya.
-Elakkan stres kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.
-Sekiranya tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

8-Anda disaran untuk mendapatkan vaksin setiap tahun (kerana strain vaksin sentiasa dikemas kini mengikut perubahan antigen virus influenza yang berterusan).

9-Vaksin influenza tidak berkesan untuk melindung individu daripada jangkitan influenza jenis lain kerana berlainan virus penyebab.

10-Amalkan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan influenza:

Iklan

-Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
-Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
-Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
-Pakai pelitup muka jika selesema.
-Hindari tempat awam semasa wabak selesema.

Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

Kredit foto utama: Freepik

Sumber: Public Health, myHealth 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.