‘Kaki wayang’ jangan seronok sangat, jangan belakangkan SOP!

PKPP: Dah boleh tengok wayang tanpa gangguan kerusi ditendang!
PKPP: Dah boleh tengok wayang tanpa gangguan kerusi ditendang!
A
A
A

BAGI ‘kaki wayang’ pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai depan, sudah tentu menggembirakan korang kan.

Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton ‘layar kecil’ di rumah dengan rancangan dan filem lama yang disiar berulang kali, baik menerusi siaran televisyen digital percuma, mahupun stesen televisyen berbayar, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu.

Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, ‘James Bond: No Time To Die’, yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak Covid-19.

Turut ‘beratur’ menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel ‘Black Widow’; filem keluaran Walt Disney Pictures ‘Mulan’, serta filem seram ‘Antlers’ dan ‘Antebellum’.

Jadi, korang dah plan ke movie yang mana yang nak dilayan dulu?

Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.

Sudah tentu, kita tidak mahu kes jangkitan Covid-19 di negara ini kembali meningkat dan wujud kembali kluster baharu, dek kealpaan dan kegagalan korang mematuhi SOP yang ditetapkan.

Lihat sahaja apa yang berlaku tiga hari lalu, apabila timbul kluster di Labu Lanjut, Sepang, yang menjangkiti lima individu setakat ini, dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung.

Artikel berkaitan : PKPP: Dah boleh tengok wayang tanpa gangguan kerusi ditendang!

Walaupun jumlahnya hanya satu angka, tidak mustahil angka itu akan meningkat serta timbul lagi kluster baharu seumpamanya, jika aspek kawalan kendiri termasuk amalan jarak sosial diabaikan.

Tak nak la nanti dengan muncul pula kluster panggung wayang. Tak pasal-pasal pula nanti semua kena hadap balik ‘layar kecil’ dekat rumah.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri beberapa hari lepas mengeluarkan amaran tentang 'fasa baharu dan berbahaya' pandemik Covid-19, apabila orang ramai mula bosan dengan perintah berkurung dan kawalan pergerakan, sedangkan virus itu masih merebak.

Ingatlah, kita belum menang walaupun semalam buat kali kedua, tiada kes penularan di negara ini dalam kalangan warganegara direkodkan, selepas kali pertama dicatatkan pada 9 Jun lepas.

Berjaya atau tidak usaha untuk memutuskan rantaian pandemik ini, banyak bergantung kepada usaha kita sendiri, kerana Malaysia hanya boleh mengumumkan bebas daripada jangkitan Covid-19 sekiranya tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari.

Jadi, berhati-hati. Patuhi SOP!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca