Pos Malaysia tampil penghantaran tanpa sentuh
BAGI mengurangkan risiko dan menjaga jarak sosial pada musim pandemik Covid-19, Pos Malaysia kini menjalankan polisi penghantaran tanpa sentuh kepada pengguna dan mengamalkan penjarakan sosial.
Melaluinya, kini Pos akan menggunakan ciri pengesahan 6 digit yang dihantar melalui SMS kepada penerima dan tidak perlu lagi memberikan nombor kad pengenalan atau tanda tangan untuk menerimanya.
Pos Malaysia mengatakan kod pengesahan 6 digit akan dihantar kepada penerima barangan melalui SMS dan penerima perlu membacanya kepada penghantar Pos Laju berkaitan.
Ini membolehkan semua penghantaran poslaju dibuat tanpa sentuh atau tanpa sebarang pertembungan fizikal.
Ia turut memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan terutamanya dengan keadaan semasa dan proses membendung di pintu masuk rumah atau pejabat penerima setelah kod disahkan, yang kemudian diambil setelah keberangkatan penghantar.
Namun dengan sistem penghantaran tanpa sentuh yang baru ini, pastikan nombor telefon bimbit yang diberikan kepada pengirim adalah betul dan terkini.
Ini akan memastikan korang akan menerima kod pengesahan 6 digit yang diperlukan semasa bungkusan dihantar.
Ciri baharu ini dijangka akan diimplementasikan secara berperingkat, sekali gus mengalakkan lagi penghantaran tanpa sentuh pada era norma baharu kini.
Baca juga Hotel lima bintang jual nasi bajet RM2
Moga norma baharu yang dilaksanakan ini sekurang-kurangnya dapat membantu memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.
Sementara kita terus amalkan SOP kawalan kendiri #kitajagakita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang