Positif atau kontak rapat kuarantin di rumah, ini 4 alat penting wajib ada

A
A
A

PENINGKATAN jangkitan wabak Covid-19 di negara ini masih di tahap membimbangkan.

Buktinya, hari ini sejumlah 22,642 kes baharu harian Covid-19 dilaporkan sekali gus menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 1,616,244 kes.

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), bagi pesakit Covid-19 kategori tahap 1 dan 2, mereka boleh menjalani kuarantin di rumah dengan syarat tidak ada komoboti atau penyakit-penyakit lain.

Namun, tidak kira sama ada korang merupakan suspek positif Covid-19 mahupun salah seorang kontak rapat yang menjalani kuarantin di rumah, empat alat perubatan penting ini wajib disediakan.

Selain itu, orang ramai juga boleh dapatkan alat perubatan ini bagi persediaan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Korang juga perlu faham serta tahu cara pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah sekiranya disahkan positif atau kontak rapat untuk mengelakkan jangkitan dan penularan wabak kepada orang lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Alatan perubatan ini bukan sahaja boleh memantau keadaan ketika pandemik, tetapi boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja ketika berada di rumah.

Ia boleh digunakan bagi memantau tahap kesihatan sendiri dan jika berlaku apa-apa bacaan tidak normal, boleh terus dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Alat-alat ini juga boleh dibeli sendiri di farmasi-farmasi berdaftar atau secara online dan pastikan ia berdaftar dengan Medical Device Authority (MDA).

Alat tekanan darah

1 - Alat tekanan darah

Alatan ini boleh mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Sangat penting terutamanya bagi mereka yang memang ada penyakit darah tinggi. Boleh pantau bacaan tekanan darah.

Tekanan darah normal adalah :

  • Sistolik : 120 (julat 90-139) mmgHg
  • Diastolik : 80 (julat 60-89) mmHg
  • Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Manakala nadi yang normal adalah 60 - 100 degupan jantung seminit.

Oximeter

2 - Oximeter

Oximeter atau Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti jangkitan Covid-19.

  • Nilai 95 dan ke atas - teruskan pemantauan di rumah
  • Nilai 93-94 - dapatkan nasihat doktor
  • Nilai 92 atau kurang - Kecemasan. Dapatkan nasihat segera atau telefon 999

Posisi jari memain peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain digalakkan jika bacaan tidak selari dengan gejala.

Termometer

3 - Termometer

Pada asasnya ianya berfungsi untuk mengukur suhu badan. Dikala pandemik dan salah satu gejalannya adalah demam. Jadi dengan termometer ini, boleh la tahu tahap suhu badan anda selama mana kuarantin di rumah.

  • Suhu 37.5C atau lebih dikira demam
  • Suhu melebihi 39.4C dikira demam tahap tinggi

Spirometer

Baca juga Mudah tapi pastikan diluluskan, ini senarai 12 kit ujian kendiri Covid-19

4 - Spirometer

Spirometer boleh digunakan sebagai senaman bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan Covid-19 sekiranya korang dijangkiti dan telah pulih.

Alatan ini berfungsi bagi menguatkan otot pernafasan sekali gus untuk pulih kepada keadaan asal. Boleh lakukan setiap jam. Sedut dan naikkan kesemua tiga bola sebanyak 10 kali.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca