PRN Sabah: KKM rayu ikuti SOP bantu negara kawal penularan Covid-19

A
A
A

ESOK rakyat Sabah bakal keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16.

PRN Sabah yang akan berlangsung bakal menyaksikan sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dengan sekitar 48 kerusi.

Namun, apa yang membimbangkan adalah Covid-19 masih ada, rakyat kena ingat, kita belum bebas!

Tingkatkan kesedaran dan saling mengingatkan antara kita.

PRN Sabah: KKM rayu ikuti SOP bantu negara kawal penularan Covid-19

Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan walaupun di mana sahaja korang berada.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingatkan kepada pengundi serta pihak terbabit dalam proses pilihan raya itu berwaspadalah dan pastikan mematuhi SOP.

"KKM merayu semua yang terlibat dalam PRN Sabah tanpa mengira status dan kedudukan dalam masyarakat supaya mematuhi SOP berkempen dan mengundi.

"Bantulah negara dalam mengawal penularan Covid-19," tulis Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter miliknya semalam.

Ayuh! SOP kita patuhi demi keselamatan bersama.

Jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, memakai hand sanitizer dan saling mengingatkan antara kita untuk sentiasa patuhi SOP yang telah digariskan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca