Program Bakul Makanan RM100, rujuk JKM untuk maklumat lanjut

A
A
A

PADA 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM15 bilion.

Salah satu pakej yang diumumkan di bawah Pakej PERMAI adalah Program Bakul Makanan yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).

Program Bakul Makanan ini berharga 100 ringgit.

Program Bakul Makanan ini dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan membantu rakyat terutamanya penerima bantuan kebajikan masyarakat yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ketua isi rumah penerima bantuan akan menerima 1 bakul makanan.

Penerima bantuan tidak perlu membuat permohonan kepada JKM kerana data dan maklumat penerima telah pun ada dalam data bank JKM.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh merujuk kepada nombor telefon seperti berikut :-

(i) Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)/Negeri yang berdekatan dengan tempat tinggal. Direktori JKMN dan PKMD boleh didapati di laman sesawang www.jkm.gov.my;

(ii) Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996;

(iii) Talian Kasih 15999; atau

(iv) Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.

[DIKEMASKINI]Program Bakul Makanan RM100, ini cara mohon

Sekiranya masyarakat terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan juga boleh memohon dengan menghubungi nombor-nombor telefon yang dinyatakan di atas.

Permohonan akan disantuni dan dipertimbangkan sekiranya layak.

Baca juga Tak pasti jangan kongsi! Kemunculan status update dari WhatsApp timbul kekecohan

Diharapkan perkongsian mengenai cara mohon bakul makanan JKM ini dapat memanfaatkan dan memudahkan urusan korang.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca