Rakyat Malaysia ingin pulang dari Singapura boleh mohon di MyTravelPass

A
A
A

SEMUA rakyat Malaysia di Singapura yang berhajat untuk pulang ke negara ini perlu membuat permohonan melalui MyTravelPass.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tatacara pengendalian piawaian semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa.

SEMUA rakyat Malaysia di Singapura yang berhajat untuk pulang ke negara ini perlu membuat permohonan melalui MyTravelPass. Sumber: RTM

Bagi memohon kemasukan berkenaan, mereka perlu mengikuti kaedah ini;

1.Memohon melalui MyTravelPass dari Jabatan Imigresen

2.Mendapatkan kelulusan bagi RGL atau PCA

3. Terus ke pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar atau Kompleks Sultan Abu Bakar

4. Rujuk maklumat lanjut di www.imi.gov.my (Jabatan Imigresen) & www.kln.gov.my  (Kementerian Luar Negeri)

5. Jalani saringan Covid-19 dan kuarantin wajib 14 hari

Artikel berkaitan: Covid-19 belum terbukti mampu tersebar menerusi makanan!

Sementara itu, sebelum ini Ismail Sabri turut menjelaskan bagaimana situasi kuarantin sendiri di rumah.

Katanya, kuarantin perlu dilakukan bagi mengelak mereka yang dikuarantin menjangkiti ahli keluarga lain.

"Apabila kuarantin wajib di rumah sepatutnya berada dalam bilik di rumah dan tidak boleh berlegar-legar dalam rumah.

"Makanan juga perlu diletakkan di luar pintu, ketuk bilik mereka, ambil makanan dan selepas itu keluarkan makanan tersebut," jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca