LAPORAN Ramadan-Raya Insights 2023/2024 daripada GrabAds mendedahkan lonjakan sebanyak 84 peratus responden yang akan berbelanja terutama untuk makanan, minuman, fesyen dan pakaian, serta penjagaan kesihatan diri sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, susulan itu, pihaknya menjangkakan 76 peratus rakyat Malaysia akan meningkatkan aktiviti digital mereka semasa musim perayaan.

“62 peratus merancang menggunakan perkhidmatan Grab seperti penghantaran makanan dan pembayaran selain majlis keluarga termasuk pakej bungkusan.

“Manakala 84 peratus responden berbuka puasa bersama orang tersayang dan 94 peratus sanggup berbelanja lebih untuk produk berkualiti tinggi.

“85 peratus pengguna pula termasuk pemilik kereta, lebih mengutamakan kemudahan Grab semasa musim perayaan yang membawa kepada lonjakan 9 peratus dalam jumlah penumpang mingguan berbanding sebelum Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Baca juga:Coklat Belgian, Krim Keju & Susu Hokkaido 2 lagi perisa sedap roti Sunshine. Cicah dengan kopi memang best
Baca juga:Sazzy Falak luah rasa sempena hari lahir anak lelaki. ‘Setelah bertahun-tahun melalui pelbagai prosedur… Awak SonShine saya.’

Tambah Hassan, Grab turut menawarkan perkhidmatan iklan layan diri dan alat penciptaan iklan untuk memperkasakan rakan kongsi.

“Matlamat ialah membina sepanduk untuk imej, carian serta menjejak prestasi iklan mereka dalam dunia sebenar,” katanya.

Selain itu, menjelang Ramadan, pihak mereka menjangkakan peningkatan dalam sambutan dan aktiviti pengguna terutama dalam kalangan keluarga di Malaysia.

Iklan

“Ini memberi peluang kepada kita untuk berhubung secara dalam talian dengan khalayak yang betul.

Baca juga:Bermain sambil belajar sampai puas, ini keunikan lebih 30 permainan interaktif di Wonderpark Melaka

“Dengan merancang kempen awal Ramadan yang memanfaatkan. Cerapan data dan strategi yang disesuaikan, kita boleh memudahkan lagi perayaan pelanggan,” ujarnya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!