SETELAH bertahun-tahun melalui pelbagai prosedur akhirnya awak kini menjadi milik kami secara sah,” Demikian luahan kegembiraan pelakon dan pengacara, Sazzy Falak kepada anak angkatnya, Idris.

Perkongsian tersebut disampaikan Sazzy sempena sambutan ulang tahun keempat anak lelaki kesayangannya itu.

“My darling boy… Sejak saya memutuskan untuk membawa awak pulang dan memilih awak untuk menjadi anak saya, hidup saya berubah.

“Saya masih ingat ketika bercakap dengan Daddy awak (Nazril Idrus) masa mula-mula berkahwin dan berbincang tentang memiliki cahaya mata, bahawa saya juga ingin mengambil anak angkat.

“Hanya kerana saya tahu dunia memerlukan lebih banyak kasih sayang dan begitu ramai kanak-kanak di luar sana memerlukan keluarga untuk dijaga,” katanya menerusi Instagram.

Baca juga:Anak angkat, adakah ibu kandung masih berhak? 15 info perlu tahu

Tambah pelakon gol dan gincu itu, beliau melahirkan dua cahaya mata kembar perempuan pada 2011 dan Idris hadir selepas sembilan tahun.

“Apabila saya mula-mula melihat foto awak, sesuatu menarik hati ini dan ketika itu saya tahu bahawa awak amat bermakna buat saya,” katanya.

Baca juga:‘Privasi Musa terjejas dan identiti ibu kandung terbongkar.’ Mizz Nina akhirnya buka mulut perjelaskan konflik anak angkat

Sazzy berkata, anak lelakinya itu menambahkan lagi keceriaan dalam keluarga mereka dan amat menyayangi Idris.

“Saya mencintai awak dari lubuk hati dan awak telah menjadikan dunia kami lebih baik.

Iklan

Baca juga:Puteri Sarah enggan tarik saman Ira Kazar, pengurangan nafkah anak antara sebab penceraian tertangguh, 11 info berkaitan

“Ya, ada hari awak membuat kami hilang kawalan tetapi tidak dapat membayangkan hidup kami tanpa awak. Selamat hari lahir yang keempat anakku. Awak SonShine saya!” katanya.

Perkongsian yang dibuat menerusi hantaran di Instagram itu mendapat lebih 5,000 tanda suka dan 102 komen.

Sazzy dan Nazril berkahwin pada 8 November 2006. Mereka dikurniakan bayi kembar perempuan, Imaan Lily dan Tiara Rose pada 28 April 2011.

Iklan

Pasangan berkenaan mengambil anak angkat iaitu Idris, pada Februari 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang