TATKALA menatap sosok wanita ini, pasti akan ramai yang terpegun dengan gayanya ala wanita muda usia. Tubuhnya yang kurus dan langsing serta masih tegang, siapa sangka rupanya beliau sudah memasuki usia senja.

Di umur 71 tahun, Vera Wang wanita berdarah Asia kelahiran New York ini begitu awet muda dan semakin menarik perhatian warganet.

Apa tidaknya, tatkala rakan sebayanya kian uzur, pereka fesyen ini terlihat bersahaja mempamerkan body yang masih kencang dan mulus dengan langsingnya di laman Instagram.

Vera Wang kelihatan begitu bertenaga.

Pemilik nama lengkap Vera Ellen Wang ini rupanya menjadi perbincangan hangat setelah berkongsi foto dirinya tatkala berbusana bergaya streetwear di laman sosial. Ia dilakukan selama menjalani masa kuarantin dek pandemik Covid-19 melanda Miami.

Ramai terpukau

Berkongsi dari lama tribunnewsmaker.com daripada pelbagai sumber, berikut deretan fakta menarik mengenai Vera Wang ini:

1. Pereka Fesyen Gaun Pengantin

Vera Wang rupanya seorang pereka gaun pengantin yang terkenal. Beliau mulai meneroka perniagaan fesyen sendiri pada tahun 1989. Ketika itu, wanita ini merancang gaun pernikahannya sendiri.

Vera Wang kemudian terus belajar mengenai teknik dan desain gaun pengantin, hingga akhirnya mewujudkan Vera Wang Bridal House.

2. Lahir di New York

Vera Wang (Instagram Vera Wang)

Vera Ellen Wang lahir pada 27 Juni 1949, tahun ini usianya memasuki 71.

Meski memasuki usia senja, penampilannya kian mencuri perhatian karena terlihat seperti usia awal 30-an.

3. Tampil Bergaya

Walau sudah berusia lanjut, penampilan fesyen orang muda pada dirinya menyebabkan ramai tak percaya bahawa dirinya sudah berusia lebih 70 tahun.

4. Ibu Dua Anak

Pereka dengan tubuh ramping dan kulit yang masih kencang ini memiliki dua orang anak.

Vera Wang yang gaya pakaiannya stylish ini mendirikan rumah tangga dengan Arthur P Becker di tahun 1989. Sayang pernikahannya berakhir dengan perceraian pada Julai 2012.

Ia memiliki dua orang anak yang diberi nama Cecilia Becker dan Josephine Becker.

5. Raih Banyak Penghargaan

Sebagai seorang pereka terkenal Amerika, karier Vera Wang juga cemerlang. Nama ternama turut mendapat sentuhannya, beliau berjaya meraih beberapa penghargaan.

Selain pakaiannya banyak dipakai selebriti ternama, Vera juga pernah mendapat penghargaan CFDA’s Womenswear Designer of The Year di tahun 2005.

Selain itu, Vera juga pernah mendapat penghargaan Lifetime Achievement Award dari Persatuan Fashion Designer Amerika. (Tribunnewsmaker/ Listusista)

Apa rahsia awet muda pereka berketurunan Cina ini?

1. Cukup tidur

Dalam sebuah wawancara bersama Harper’s Bazaar 2012 lalu, Vera pernah memberitahu tentang rutin hariannya. Ia ternyata bukan seorang “morning person” atau seseorang yang biasa bangun pagi dan terbiasa bangun sekitar 8 pagi.

Namun demikian, Vera juga merupakan orang yang disiplin menerapkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam. Setiap malamnya ia tidur sekitar pukul 1 atau 2 pagi.

Iklan

Demi tidur yang nyenyak, Vera selalu berusaha menciptakan suasana tidur yang nyaman dengan temperatur rendah.

2. Makanan sihat

Lazimnya beliau makan yoghurt dan buah segar atau di lain hari menggantikannya dengan telur dan sosej ayam. Salmon panggang dengan nasi merah dan lemon serta minum kopi, antara pilihannya.

Vera tak pernah melewatkan waktu makan. Beberapa menu yang biasa diambil ketika makan di siang hari lah adalah sashimi dengan nasi merah dan sayur-sayuran, brokoli kukus Cina dengan ayam dan nasi, atau artichoke salad atau ikan dari Sant Ambroeus.

Menjaga pola makan sihat membuatnya bisa mengambil jajan kesukaannya di sela waktu makan, tetapi tentunya tidak setiap hari.

“Ada hari yang mana aku makan sepotong piza setiap hari, tetapi tidak bertambah berat badan.

“Ini (piza) tidak buruk selama kita membuang minyak berlebihannya. Piza sangat mengenyangkan,”

Dan tentunya, beliau menghindari minum soda sebagai teman makan piza dan menggantinya dengan air putih. Vera memang tidak melewatkan waktu makan, termasuk makan malam, tetapi tegas membatasinya tidak lebih dari pukul 7.30.

Lima kali dalam seminggu ia biasa pergi makan malam di luar rumah, tentunya dengan memesan menu-menu sihat. Sementara pada hari minggu ia biasa mengundang teman-temannya ke rumah dan menghidangkan menu masakan Cina.

3. Rutin olahraga dan meditasi

Iklan

Vera juga biasa meluangkan sedikit waktunya untuk belajar meditasi dan berolahraga di pagi hari. Bukan aktiviti fizikal berat, tetapi dijalaninya secara rutin.

“Aku biasa mengangkat beban, tidak berat, hanya 1kg – 1.3 kg dan total lima menit,” kata dia.

4. Membahagiakan diri

Vera boleh jadi merupakan pereka fesyen ternama yang sibuk, tetapi ternyata ia tak pernah tidak meluangkan waktu untuk membahagiakan dirinya sendiri. Pada pagi hari setelah berolahraga dan meditasi, ia biasa berendam dan merawat rambut serta kulitnya. Ketika pergi bekerja, beliau sangat jarang menggunakan pakaian formal.

Desainer kelahiran 27 Juni 1949 itu memilih ‘seragam kerja’ yang selesa baginya berupa kaus dan legging. Beberapa legging yang sering dikenakannya merupakan koleksi keluaran Balenciaga, Givenchy, Danskin, atau dari lini busana miliknya, Kohl’s.

Vera menikmati rutin pekerjaan, tetapi tidak gila kerja. Ia biasa mencuri waktu untuk ke luar pejabat sekitar pukul 4 petang untuk berbelanja atau sekadar cuci mata selama beberapa jam. Pada momen tersebut ia biasa beliau meninjau busana, tak hanya busana perempuan tapi juga busana laki-laki.

“Terdengar aneh, tapi saya suka dengan busana laki-laki. Misalnya, topi, saya sangat gila topi. Rambut saya sangat banyak dan kepala agak besar jadi saya harus pakai topi laki-laki,” katanya.

Selain busana, Vera gemar membaca dan menyimpan koleksi buku. -Kompas.com

Ada tak gadis-gadis kat luar tu yang menangis tengok foto nenek ni?