'Penat, sakit hati, susah… biarlah saya yang rasa' – Dr Fie sanggup tanggung segala kepayahan, tak mahu anak-anak lalui kesusahan

No Image Caption
A
A
A

TIADA apa yang lebih berharga buat seorang ibu selain melihat anak-anak membesar dalam keadaan baik, selamat dan bahagia.

Bagi pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa Dr Fie, tiga cahaya mata menjadi keutamaan hidupnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Fie meluahkan isi hati mengenai pengorbanan dan tanggungjawabnya sebagai ibu yang mahu memberikan segala-galanya buat anak-anak.

Menurutnya, apa sahaja yang perlu dikorbankan, beliau sanggup melakukannya asalkan cahaya matanya tidak perlu menanggung kesusahan yang mungkin dilaluinya.

"I work hard for my children, and I would sacrifice almost anything just to make sure they are okay.

"Apa saja yang saya perlu korbankan, saya sanggup. Penat, sakit hati, susah… biarlah saya yang rasa, asalkan anak-anak saya tak perlu," tulisnya.

No Image Caption

Lebih menyentuh hati, Dr Fie turut menegaskan komitmennya untuk sentiasa menjadi individu yang berdiri paling hadapan apabila anak-anak memerlukan perlindungan.

Biarpun tidak mampu menyempurnakan segala-galanya, doktor gigi itu berjanji akan terus berusaha memberikan yang terbaik buat tiga permata hatinya.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan cuba sempurnakan segala-galanya untuk mereka, tapi satu perkara saya pasti, saya Afifah Hidayah, ibu anak-anak ini akan protect anak-anak saya sehabis daya saya.

No Image Caption

"Saya akan berdiri di depan mereka bila mereka perlukan perlindungan, dan saya akan terus berjuang selagi saya mampu," ujarnya.

Mengakhiri perkongsian, Dr Fie menyifatkan anak-anak yang menjadi sebab terbesar untuknya terus melangkah.

"Because at the end of every long day, every sacrifice has always been for them. My children are my biggest reason to keep going," titipnya.

Untuk rekod, Dr Fie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Nubhan Ahamad pada Ogos 2015 sebelum pasangan itu berpisah pada Disember 2025.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Pada 1 November lalu, Dr Fie kembali bergelar isteri selepas selamat bernikah dengan usahawan, Kapten Amrul Nizar Anuar, dalam sebuah majlis yang menyaksikan beliau menerima mas kahwin satu dinar emas.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang