BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria yang disifatkan presiden Turkiye sebagai bencana paling dahsyat abad ini telah pun mencecah 20,000 lapor AP.

Tidak hanya kehilangan jiwa, gempa bumi turut menjejaskan penempatan 13.5 juta penduduk di Turki dan bilangan tidak diketahui di Syria meninggalkan pemandangan dari udara yang menyayat hati. Kemusnahan rumah menyebabkan mangsa bergelut dalam cuaca sejuk.

Prihatin akan musibah yang menguji masyarakat Turkiye dan Syria, Sinar Karangkraf melancarkan tabung untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM250,000.

Baca juga: Lari turun asrama 5 tingkat sehelai sepinggang, pelajar Malaysia kongsi pengalaman gempa di Turkiye masih trauma

Berikut 13 info berkenaan tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare

1-Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, tabung itu diaktifkan bermula 8 hingga 28 Februari 2023 melibatkan kerjasama strategik Sinar Harian bersama Syria Care dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

2-Sasaran ialah mengumpul dana sebanyak RM250,000 bagi membantu mangsa gempa bumi di sana. Selepas 28 Februari kutipan akan terus dibuka dan dihantar secara berperingkat bergantung kepada jumlah kutipan.

3-Tabung kemanusiaan itu sudah dilaksanakan Kumpulan Karangkraf sejak lebih tiga tahun lalu yang mana ia diaktifkan sebaik sahaja berlaku bencana sama ada di dalam dan luar negara.

4-Karangkraf sebelum ini bergerak sendiri mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Syria Care dan UIAM.

5-Menerusi Syria Care proses pengagihan dan penyelenggaraan bantuan dapat berjalan lancar memandangkan mereka sudah mempunyai rangkaian di sana.

6-Kerjasama daripada badan korporat dan NGO lain diaalu-alukan  untuk bersama-sama mengumpulkan dana tersebut.

Baca juga: Khidmat cemerlang di tanah runtuh Batang Kali, 2 hero Denti, Frankie sertai SAR di Turkiye, ramai yang caring

7-Hasil kutipan itu disasarkan kepada empat kegunaan penting, antaranya bantuan penempatan sementara bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal serta bantuan makanan, ubat-ubatan dan peralatan musim sejuk seperti selimut, pakaian dan alat pemanas.

8-Sebarang bantuan boleh disalurkan melalui akaun 5642-7652-9068 (Maybank) atas nama Sinar Karangkraf atau hubungi menghubungi talian sekretariat di 019-2133315.

9-Syria Care menggerakkan bantuan kecemasan untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria dengan mengumpulkan bantuan kewangan bagi membeli pelbagai keperluan mendesak termasuk peralatan musim sejuk.

10-Turut terkandung dalam bantuan kecemasan itu ialah makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar.

Iklan

11-Penyumbang digalakkan memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit bagi mahu mengurangkan kos logistik membawa peralatan dari sini (Malaysia) di samping beberapa kekangan lain.

Baca juga: Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

12-Syria Care telah menggerakkan pengumpulan bantuan sejak Isnin menyasarkan kutipan dahulu RM100,000 untuk tempoh dua minggu.

13-Cabaran musim sejuk yang sedang melanda negara terjejas menjadikan baju dan selimut sebagai keperluan mendesak.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

Iklan

Jom sama-sama bantu saudara kita di sana dengan menyumbang semampunya. Anda boleh menyalurkan bantuan melalui akaun 5642-7652-9068 (Maybank) atas nama Sinar Karangkraf, klik pautan ini Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare atau hubungi menghubungi talian sekretariat di 019-2133315.

Baca juga: Kasih ayah ke hujung nyawa, pegang tangan anak gadis tidak bernyawa, bapa Turkiye ini meruntun hati

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.