1 Syawal bakal menjelang, sempena cuti perayaan Aidilfitri 2024 yang bakal disambut 10 dan 11 April ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan cuti tambahan selama tiga hari kepada sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan masing-masing.

Bagi Kumpulan A, ia membabitkan sekolah di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Baca juga: Senarai ATM bank sedia tukar duit raya, mudah & pantas! Tak perlu tunggu lama

Baca juga: Biskut Kacang Mazola rangup & sedap, mudah sangat hanya 5 bahan. Tak perlu acuan!

Dikongsikan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarkan KPM seperti ketetapan berikut:

1) Tarikh cuti perayaan (Hari Raya Aidilfitri 2024)

  • 10 April 2024 (Rabu) dan 11 April 2024 (Khamis)

2) Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan KPM (Kumpulan A)

  • 7 April 2024 (Ahad), 8 April 2024 (Isnin) dan 9 April 2024 (Selasa)

3) Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan KPM (Kumpulan B)

Iklan
  • 8 April 2024 (Isnin), 9 April 2024 (Selasa) dan 12 April 2024 (Jumaat)

4) Catatan

  • Tiga hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

Selamat bercuti, hati-hati memandu ke kampung, ingatlah orang tersayang!

Sumber: SinarBestari

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!