MENJELANG minggu terakhir tibanya Syawal, ramai yang berpusu-pusu memenuhi bank untuk menukar wang untuk dijadikan duit raya.

Rupanya ada cara mudah untuk menukar wang tanpa perlu beratur panjang di kaunter bank. Hanya menggunakan mesin teler automatik (ATM), mudah dan cepat!

Baca juga: Isu dalam menukar duit raya, awas jika ada unsur riba, 7 perkara wanita perlu berhati-hati

Baca juga: Hukum beri duit raya dalam Islam sebagai sedekah, tidak menyerupai angpau

1-MAYBANK

Tahun ini Maybank 72 mesin ATM untuk pertukaran duit raya yang terhad kepada not RM10.

Berikut adalah senarai lokasi mesin berkenaan yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya di mesin ATM bagi tahun 2024:

Pengguna Facebook Mohd Shukur berkongsi cara untuk membuat transaksi berkenaan:

1. Pergi ke cawangan Maybank yang terpilih, pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.

2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 dari mesin tersebut.

4. Dapatkan sampul raya daripada kaunter depan.

Baca juga: Majikan contoh! Khairul Aming tutup kilang bawa 100 staf shopping raya, sampul duit raya tebal jadi perhatian!

Baca juga: Boleh guna duit raya anak, tapi jangan sampai memudaratkan mereka

2-CIMB BANK

Selain itu, anda juga boleh menukar wang kertas untuk dijadikan duit raya RM10 bermula 4 hingga 10 April 2024 di sembilan cawangan CIMB Bank yang tertera di bawah:

3-BANK ISLAM

Bank Islam turut menyediakan kemudahan mendapatkan wang kertas berkualiti bernilai RM10,RM20, RM50 dan RM100 untuk pengguna.

Ia bermula 27 Mac 2024 di 10 cawangannya di seluruh negara seperti yang tertera di bawah:

Iklan

Baca juga: Bukan setakat bonus raya dua bulan gaji, majikan ini beri hadiah rumah dan kereta percuma kepada pekerja

4-AFFIN BANK

Sementara itu, anda juga boleh mendapatkan not RM10 dan RM50 di Affin Bank bermula 3 hingga 10 April ini (sementara stok masih ada) dengan had pengeluaran sehari sebanyak RM5,000.

Bank berkenaan menyediakan 230 mesin ATM dan Cash Recycling Machine (CRM) di pelbagai lokasi di seluruh negara seperti berikut:

Iklan

Sumber: Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, Affin Bank

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!