Remaja 17 tahun hamil bongkar jadi hamba seks bapa kandung sejak usia 6 tahun, 7 info berkaitan

SEORANG pelajar perempuan 17 tahun di Muar, Johor mendakwa dijadikan hamba seks oleh bapa kandungnya sendiri sejak berusia enam tahun dan kini sedang hamil tujuh bulan.

Kejadian itu terbongkar selepas seorang ahli keluarganya menyedari perubahan fizikal mangsa, sebelum mengakui dia dirogol.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berikut info berkaitan;

1. Kejadian berlaku sejak mangsa berusia enam tahun dan ia berlarutan sehingga kini.

2. Kejadian berlaku di sebuah kawasan di daerah ini dan mangsa tampil membuat laporan dia dirogol.

3. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati mangsa sudah hamil. Siasatan polis mendapati mangsa dirogol sejak usia enam tahun.

4. Susulan itu, suspek, 41 tahun yang juga bapa kandung ditahan bagi membantu siasatan.

Baca juga Rogol 2 anak sejak 2017, seorang disahkan hamil bongkar perbuatan ‘syaitan’ ayah durjana

rogol

5. Katanya, laporan diperoleh mengatakan kejadian berlaku di rumah mangsa dan ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamin.

6. Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk mendapatkan perintah reman.

7. Majistret Fatin Dalilah Khalid kemudian membenarkan suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

SARANAN DAN TEGAHAN BAGI MANGSA ROGOL & LIWAT

Jenayah rogol bukanlah perkara asing kini, walaupun penguatkuasaan undang-undang telah dilaksanakan. Namun masyarakat perlu mempunyai pengetahuan untuk bertindak sekiranya kes-kes ini berlaku kepada kita atau orang terdekat.

Perkara yang mesti dilakukan oleh mangsa rogol atau diliwat :

a) Jangan tertekan dan menyalahkan diri sendiri.

b) Pergi ke tempat yang selamat dan beritahu orang yang dipercayai.

c) Buat laporan polis bagi mempercepat siasatan.

d) Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin, sebaik-baiknya pada hari yang sama.

e) Pemeriksaan segera oleh doktor penting untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.

Iklan

f) Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.

Baca juga 10 peringatan buat ibu ayah bila ada anak perempuan! Ngerinya, 6 remaja lelaki rogol bergilir-gilir gadis 14 tahun

Gambar fail sekadar hiasan.

Perkara yang tidak dilakukan sekiranya anda dirogol atau diliwat:

a) Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor atau membuat laporan polis.

b) Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.

c) Jangan menukar pakaian.

Iklan

d) Jangan menggosok gigi.

e) Jangan makan atau minum.

f) Jangan pergi seorang diri. Pastikan pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor atau polis.

Persetujuan atau kebenaran mangsa

  • Sebelum sebarang pemeriksaan Klinikal Forensik dibuat, doktor akan menjelaskan kepada mangsa secara terperinci proses pemeriksaan supaya difahami oleh mangsa.
  • Mangsa akan diberi pilihan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat mengenai pemeriksaan.
  • Persetujuan oleh mangsa perlulah diberikan secara bebas, sukarela dan tanpa paksaan selagi mana mangsa bukan di bawah umur 18 tahun dan mempunyai keupayaan berfikir untuk membuat keputusan.
  • Mangsa berhak untuk ditemani oleh seorang waris atau orang yang dipercayai atau seorang peguam semasa pemeriksaaan dijalankan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!