MAKIN parah! Semalam sekali lagi negara mencatatkan angka tertinggi kes baharu jangkitan Covid-19 sebanyak 6,806.

Pertambahan jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 492,302.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga menjangkakan kes positif harian akan terus meningkat.

Jumlah kematian akibat Covid-19 turut merekodkan tertinggi iaitu 59 orang termasuk seorang bukan warganegara menjadikan jumlah total sebanyak 2,099.

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi sebanyak 5,725 pada Januari 2021.

"Ingat demam biasa, lepas seminggu sah positif. Perasaan koyak anak 8 bulan pun kena"- Peguam dedah pengalaman Covid-19

Pihak KKM melalui ciapan Twitter memberitahu, situasi semasa Covid-19 telah mengakibatkan hampir semua daerah di Semenanjung menjadi zon merah dan tujuh daerah sahaja zon kuning.

Situasi itu diambil kira bagi daerah-daerah berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 20 Mei 2021.

Ini bermakna di seluruh Semenanjung, setiap daerah berada antara zon merah, kuning dan jingga sahaja.

Mengikut laporan dilampirkan hanya tujuh daerah berada dalam zon kuning iaitu di Perak Tengah, Rompin, Mersing, Kemaman, Hulu Terengganu, Gua Musang dan Sik.

Lapan daerah zon jingga pula ilah Kangar, Kampar, Padang Terap, Langkawi, Maran, Cameron Highlands, Tampin dan Kuala Pilah manakala lainnya zon merah.

Iklan

Jadi, ayuh rakyat Malaysia, kita amalkan kawalan pergerakan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Genap setahun, ini sejarah Covid-19 landa negara kita

Lakukan perkara berikut:
1. Jaga penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan.
2. Kekal duduk di rumah dan keluar hanya perlu.
3. Elak sebarang aktiviti berisiko terdedah dengan orang ramai.
4. Optimumkan penggunaan teknologi untuk kekal berhubung.
5. Lakukan aktiviti senaman di rumah.

Iklan

Baca juga Face mask bukan untuk bergaya, Dr Noor Hisham galakkan guna double mask

6. Elak terima tetamu di rumah.
7. Rancang pergerakan bagi elak kesesakan di tempat awam.
8. Masak makanan sendiri.
9. Beli barangan secara dalam talian.

Sumber: KP Kesihatan & Telegram Covid-19 Malaysia