RUMAH Mesra Rakyat (RMR) adalah projek di bawah Syarikat Perumahan Negara (SPNB) yang diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Sebelum ini, had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah ialah RM3,000 telah dinaikkan kepada RM5,000 pada Mac lalu.

Menerusi Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan subsidi pembinaan rumah sebanyak RM358 juta kepada SPNB untuk membina 4,250 unit RMR tahun ini pada harga kos bermula RM75,000 seunit.

Baca juga: Sanggup kumpul duit lebih RM60,000, penuntut kolej ini bina rumah mini sendiri elak bayar sewa

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Kepada yang masih belum memiliki kediaman pertama dan berpendapatan seperti di atas, jangan lepaskan peluang memohon RMR. Berikut syarat kelayakannya:

SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT

1-Warganegara Malaysia.

2-Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun dengan pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.

3-Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.

4-Tanah/ tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/ bebanan/ sekatan ke atasnya.

5-Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

6-Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kaki persegi (tertakluk kepada reka bentuk).

7-Ia tertakluk kepada peruntukan kewangan.

8-Permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian di laman web SPNB.

Selain permohonan secara dalam talian, ia juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di cawangan SPNB dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Anda dan pasangan yang memiliki rumah usang atau tidak sempurna boleh memohon. (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

CARA MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT

1-Permohonan boleh dibuat menerusi dalam talian di laman web SPNB.

2-Bagi pemohon berumur melebihi 42 tahun, keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun.

3-Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan dan jumlah tanggungan.

4-Antara dokumen diperlukan ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini (tiga bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Peruntuk lebih kurang RM120,000 untuk bina rumah stail kontena. Siap ada kafe mini lagi

Baca juga: Dihina rumah macam kandang kambing, wanita cantik ini buktikan usaha bina banglo mewah

10 INFO MENGENAI RUMAH MESRA RAKYAT

1-RMR ialah rumah sesebuah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan 750 kaki persegi.

2-Di Semenanjung Malaysia, harga rumah ialah RM75,000, manakala di mana-mana pulau di Semenanjung Malaysia RM85,000 dan Sabah serta Sarawak pula bermula daripada RM75,000.

3-Jumlah subsidi pembinaan yang akan diterima ialah berjumlah RM20,000.

4-Jumlah pinjaman dan anggaran bayaran bulanan adalah tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB.

Iklan

5-Kaedah pembiayaan adalah seperti berikut:
i. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB.
ii. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay.

6-Dokumen perjanjian dan sekuriti akan diuruskan oleh firma guaman berdaftar dengan SPNB.

7-Pelaksanaan pembinaan akan dilaksanakan oleh kontraktor gred G1-G7, pembekal utama produk yang berdaftar dengan SPNB dan CIDB.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

8-Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata antara inisiatif baru RMR adalah tempoh bayaran bulanan dipanjangkan antara 16 hingga 25 tahun dengan bayaran bulanan kekal RM300.

9-pemohon boleh memilih enam reka bentuk ditawarkan SPNB dan memilih reka bentuk dalaman yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing seperti mengekalkan tiga bilik atau diubah menjadi dua bilik.

10-Selain reka bentuk rumah yang moden dan berdaya huni, SPNB juga dalam usaha mendapatkan sijil pengiktirafan daripada SIRIM sebagai piawaian kualiti yang diakui di peringkat antarabangsa bagi semua unit yang dibinanya.

Untuk pengetahuan anda, sejak 2002 hingga bulan lalu, SPNB telah menyiapkan 56,002 unit RMR di seluruh negara.

Iklan

Baca juga: Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menarik

Semoga bermanfaat!

Sumber: SPNB, Selangorkini

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.