Salah laku integriti calon peperiksaan, SPA kesan grup berbayar kongsi, tiru jawapan untuk lulus

A
A
A

SEJAK dahulu lagi Suruhannjaya Perkhidmatan Awam akan menapis calon yang layak menerusi peperiksaan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) diperkenalkan untuk menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan.

SPA melalui laman Facebook rasminya hari ni memaklumkan hasil daripada pemantauan dan siasatan yang dijalankan terdapat calon yang melakukan salah laku integriti.

Baca juga Tahniah! Penuntut UiTM Raih Tempat Pertama Malaysia, Dunia Peperiksaan ACCA

“Calon yang melakukan salah laku integriti didapati telah mewujudkan kumpulan tertentu dalam platform media sosial yang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan berbayar penyediaan jawapan atau bersubahat melakukan aktiviti peniruan dan perkongsian jawapan bagi tujuan lulus PSEE,” katanya.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, SPA memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil tindakan tegas membatalkan keputusan peperiksaan dan menyenaraihitamkan calon yang terlibat.

“Permohonan calon bagi sebarang jawatan tidak akan dipertimbangkan,” kata SPA.

Baca juga 20 Pelajar Terkejut Guru Tak Online, Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Dalam pada itu SPA menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan salah laku integriti kepada Unit Integriti SPA Malaysia, Aras 10, Blok F1, Kompleks F, 62000, W.P Putrajaya atau https://aduan.spa.gov.my/aduanv2/. 

Pada ruangan komen, rata-rata warganet berharap SPA lebih telus dalam pemilihan calon dan mengkaji semula tempoh menjawab yang terlalu singkat pada masa akan datang.

Sumber: Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca