"Scammer tengah aim, jauhi skim cepat kaya tak masuk akal" - Pesanan padu buat pengeluar akaun 1 KWSP

"Scammer tengah aim, jauhi skim cepat kaya tak masuk akal" - Pesanan padu buat pengeluar akaun 1 KWSP
"Scammer tengah aim, jauhi skim cepat kaya tak masuk akal" - Pesanan padu buat pengeluar akaun 1 KWSP
A
A
A

SEMUA maklum i-Sinar merupakan kemudahan pengeluaran wang untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pengeluaran tersebut terbahagi kepada dua kriteria yang mana Kategori 1, pembayaran pertama akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi kategori 2, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021 dan status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi dan membayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.

Pembayarannya juga akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Dengan itu, seorang pemuda, Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru Matematik tampil berpesan memohon orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya dan tidak tamak.

"Tolonglah, tolonglah jangan tamak, jangan join skim cepat kaya.

"Duit tu, guna secara berhemah. Jelaskan hutang-hutang dulu agar komitmen bulanan jadi makin rendah lepas ni.

"Jika nak buat modal berniaga, JANGAN guna semuanya. Tetapkan maksimum 60% sahaja. Lebihan boleh buat 'back up' dan simpan. Sebab berniaga ni RUGI itu sudah pasti, untung itu rezeki.

"Jangan guna untuk berpoya-poya. Guna sedikit bawa famili jalan-jalan, makan sedap-sedap, okeylah. Cukup sekitar 10%-20% sahaja. Tapi kalau semuanya habis untuk enjoy, lepas tu mula kesempitan balik, ternyata cara pengurusan kewangan kita salah," tulisnya di Facebook miliknya.

Baca juga KKM seru orang ramai sertai kaji selidik berkenaan penerimaan vaksin Covid-19

Menurutnya, skim cepat kaya hanyalah satu pembohongan.

"Sekarang, ramai sangat scammer tengah aim kalian. Kalian ada duit, mereka boleh buat duit mudah dengan tawarkan pelbagai skim yang tak masuk akal.

"Tolonglah jangan percaya bila orang kata labur RM5000 akan dapat RM50,000 dalam masa pendek. Mengarut semua tu. Bohong semuanya.

"Mana mungkin ada teknik ganda duit dengan cepat begitu. Semuanya bohong dan jangan percaya walau apa pun bukti dan testimoni yang mereka bagi.

"Jika ada teknik ganda begitu, mereka takkan share dengan korang semua. Percayalah!" pesannya.

#MFS

- Ilmu kewangan wajib dipelajari. Tolong belajar urus kewangan. -

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca