SETELAH dua bulan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dijalankan bagi memutuskan rantaian Covid-19, hari ini Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan secara bersemuka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media pembukaan sekolah bawah KPM.

Namun, sekolah akan dibuka di mana SOP akan dipatuhi semua pihak bagi memastikan murid dapat hadir ke sekolah dan menjalani pembelajaran dengan selamat.

Berikut jadual pembukaan sekolah;

1. Murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Dua akan hadir ke sekolah pada 1 Mac 2021.

2. Murid Tahun Tiga hingga Enam akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac ini 2021.

3. Sekolah menengah Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu di buka 4 April manakala Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya pada 5 April 2021 iaitu selepas tamat cuti pertengahan penggal.

Sekolah dibuka 1 Mac ini, bermula prasekolah, Tahun 1 dan 2

4. Sekolah antarabangsa, institusi pendidikan swasta kategori pusat dan pusat tuisyen dibuka mulai 8 Mac 2021.

5. Sekolah rendah dan menengah swasta dibuka mengikut tarikh sekolah kerajaan.

6. Kolej Vokasional dibuka pada 1 Mac.

Iklan

Baca juga IKEA Cheras terpaksa ditutup sekali lagi akibat Covid-19

Sekolah menengah dibuka selepas tamat cuti pertengahan penggal kerana ia bagi memberi ruang kepada pelajar SPM yang sedang menghadapi peperiksaan.

Sementara itu, sekolah yang tak berdaftar dengan KPM disaran untuk ikuti tarikh yang ditetapkan KPM dan semua SOP yang ditetapkan.

Iklan

Cuti pertengahan penggal pula pada 26/27 Mac hingga 3/4 April 2021.

Selamat maju jaya dan kembali ke sekolah buat semua pelajar. Ingat! Terus mematuhi SOP yang ditetapkan.