SEBUT sahaja kes Covid-19, umum mengetahui bahawa Selangor menduduki carta teratas negeri mencatatkan kes jangkitan baharu di negara ini.

Buktinya, 6,505 kes baharu direkodkan semalam yang mana negeri tersebut kekal tinggi dengan jumlah sebanyak 2,049 kes.

Justeru, bagi memperkukuhkan siap siaga entiti perniagaan dan melengkapi ikhtiar Penjejakan Kontak (Contact Tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), kerajaan negeri memperkenalkan inisiatif SELangkah.

Ia merupakan sistem pendaftaran keluar-masuk di premis-premis kerajaan, perniagaan dan individu.

Konsep SELangkah – Langkah Masuk Dengan Selamat adalah untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesebuah premis dengan mudah dan pantas.

Inisiatif itu mempunyai tiga objektif iaitu melindungi premis perniagaan, melindungi pelanggan dan membantu pasukan baris hadapan.

Sama seperti MySejahtera, pengunjung boleh menggunakan aplikasi berkenaan ini untuk mengimbas kod QR, menggunakan fungsi kamera di telefon bimbit sama ada sebelum memasuki premis ataupun membuat bayaran, bergantung kepada olah atur pemilik premis.

Cuma yang membezakannya log lawatan pengunjung premis akan dikawal selia pentadbiran kerajaan negeri dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam sekiranya terdapat insiden Covid-19 dilaporkan di premis tersebut (pasar raya, kedai runcit, pasar borong dan lain-lain).

Melalui inisiatif itu juga semua pengunjung premis yang terlibat jangkitan Covid-19 misalnya, dapat dikesan dan dihubungi dengan segera.

Selangkah saja warga Selangor dapat saringan Covid-19 percuma! Tunggu apa lagi

Inisiatif SELangkah turut membolehkan pengguna menyertai Program Saringan Covid-19 secara percuma.

Bermula pada 8 hingga 21 Mei 2021, hampir 20,000 individu telah menghadiri Ujian Saringan Covid-19 percuma oleh kerajaan negeri.

Saringan berkenaan dibuat untuk mengesan kes positif bagi mengelakkan ‘silent carrier’ dan memutuskan rantaian penularan koronavirus.

Individu yang melakukan saringan boleh memperoleh keputusan ujian dalam tempoh 24 jam juga menerusi aplikasi SElangkah.

Bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan kesesakan Program Saringan Covid-19 percuma, maka warga Selangor disarankan mendaftar menerusi aplikasi SELangkah.

Berikut dikongsikan cara daftar SELangkah Selangor dan pendaftaran untuk saringan Covid-19 percuma bagi warga Selangor.

1. Muat turun aplikasi SELangkah atau pergi ke pautan https://screening.selangkah.my/login
2. Daftar sebagai pengguna dengan mengisikan maklumat peribadi dan nombor telefon.
3. Tekan butang Sihat.
4. Pilih Pendaftaran Saringan.
5. Daftar dan isikan maklumat pada ruang yang disediakan.
6. Semak sekali lagi 15 minit kemudian untuk melihat waktu kehadiran yang telah ditetapkan.

Nota: Jika tidak dapat hadir mengikut waktu janji temu sila sertai program saringan yang lain.

Berikut adalah lokasi saringan Covid-19 percuma Selangor yang terkini.

Iklan

Selangkah saja warga Selangor dapat saringan Covid-19 percuma! Tunggu apa lagi

Korang boleh kemaskini maklumat melalui aplikasi SElangkah dari semasa ke semasa.

Secara alternatif, hubungi pihak SELangkah di Telegram (t.me/Selangkah_my) untuk mengubah janji temu.

Baca juga VIDEO] “Ya, saya doktor nak cerita 4 keburukan, 3 kebaikan vaksin”- Dr Fakhrul Radzi

Untuk maklumat lanjut, rujuk Portal SELangkah di pautan: http://selangkah.my/ atau https://twitter.com/selangkah_my atau https://www.facebook.com/SelangkahOFFICIAL.

Iklan

Justeru, warga Selangor bolehlah memanfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan demi memastikan kesihatan diri berdepan pandemik Covid-19 ini.

Terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Semoga bermanfaat!

Sumber: eCentral