[VIDEO] "Ya, saya doktor nak cerita 4 keburukan, 3 kebaikan vaksin"- Dr Fakhrul Radzi

A
A
A

"Ya, saya doktor, tapi hari ini saya nak cerita keburukan vaksin."

Berikut titipan Dr Fakhrul Radzi Ahmad Zubir pada awal klip videonya yang berdurasi selama enam minit 18 saat.

Sejak dimuat naik menerusi laman sosial Instagramnya @drrazi dan YouTube perkongsian beliau perihal pro dan kontra suntikan vaksin Covid-19 menjadi perhatian warga maya.

Masakan tidak, Pegawai Perubatan (Pembedahan) di sebuah hospital kerajaan itu berjaya menerangkan kebaikan dan keburukan vaksin dengan cara tersendiri dan mudah difahami.

"Ada empat keburukan saya boleh cerita dan tiga keburukan vaksin. Keburukan lagi banyak.

"Buat pengetahuan saya memang seorang doktor, bekerja di hospital dan hospital kami mengendalikan kes-kes Covid-19. So (jadi) anda boleh percaya saya daripada percaya 'Mak Teh', audio dan video yang tular," jelas beliau.

Dr Fakhrul RadziDR Fakhrul Radzi menjelaskan bahawa suntikan vaksin membantu mengelakkan jangkitan Covid-19 dialami pesakit bertambah parah.

Sebelum berbicara lanjut tentang keburukan, Dr Fakhrul Radzi memperincikan tiga kebaikan suntikan vaksin yang terdiri daripada:

Pertama

Herd Immunity ( Imuniti Kelompok) merupakan populasi imuniti. Selepas 80 hingga 90 peratus sesebuah populasi telah mendapat suntikan vaksin, maka mereka mempunyai imuniti.

Apabila 90 peratus populasi mempunyai imuniti secara tidak langsung dapat mengelakkan jangkitan kuman itu merebak.

"Pengurangan kadar jangkitan adalah diharapkan daripada Herd Immunity. Apabila jumlah individu yang tidak mendapat suntikan vaksin lebih rendah kelompok terbabit tidak akan mendatangkan kesan pada populasi imuniti.

"Setakat ini kes dah lebih 6,000 dan mungkin boleh mencecah 10,000 kes individu dijangkiti Covid-19, malah jumlah kematian pun 50 orang sehari. Ini (situasi) amat membebankan staf kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," jelasnya.

Kedua

Vaksin membantu mengurangkan jangkitan bertambah parah. Dalam erti kata lain apabila seseorang yang sudah menerima suntikan vaksin dijangkiti Covid-19, imunisasi tersebut akan membantu badan melawan jangkitan.

"Anda masih boleh terkena Covid-19 walaupun sudah lengkap suntikan vaksin, tetapi efeknya kurang.

"Sebagai contoh, daripada anda terkena (jangkitan) masuk ke ICU (Unit Rawatan Rapi), sekurang-kurangnya dengan adanya vaksin mungkin implikasi tidak teruk. Barangkali boleh kuarantin di rumah.

"Ini penting (suntikan vaksin) kerana kapasiti katil di ICU semakin penuh untuk menempatkan pesakit yang parah, malah turut mengalami kekurangan kakitangan untuk menjaga pesakit ICU," terang Dr Fakhrul Radzi.

Ketiga

pelitup muka covid19

Kebanyakan vaksin adalah untuk mengelakkan menjangkiti orang lain.

"Cuba lihat isteri, anak, emak, ayah dan orang tersayang. Adakah kita sanggup menjadi punca kepada mereka dijangkiti positif Covid-19, lalu dimasukkan ke dalam ICU dan akhirnya meninggal dunia.

"Kita tidak dapat cium dan tengok pesakit Covid-19 kerana proses pengebumian diuruskan oleh staf kesihatan.

"Kalau tiada vaksin, anda mendedahkan dan merisikokan jangkitan pada orang lain. Mungkin anda tiada gejala, tetapi orang lain akan teruk apabila terkena Covid-19. Tercungap-cungap perlukan udara. Kita tidak rasa berdosa ke?

"Jika tidak sayang pada masyarakat atau jiran, sekurang-kurangnya sayangi keluarga dan kawan rapat," ujar beliau lanjut.

4 keburukan vaksin

Dr Fakhrul RadziDR Fakhrul Radzi vaksin mengulas mengenai kebaikan dan keburukan vaksin Covid-19 bertujuan membuka minda masyarakat.

Mengulas mengenai keburukan vaksin pula, Dr Fakhrul Radzi berkongsi empat hujah.

Pertama, beliau menyifatkan vaksin perkara melecehkan.

"Vaksin ini leceh. Kena daftar, beratur tengah panas dan bawa anak meragam pula. Susah!

"Keburukan kedua vaksin lambat. Daftar bukan main lama, tetapi tak dapat-dapat. Sementara nak tunggu vaksin pelbagai cerita timbul tular tentang keburukan vaksin," ujarnya.

Seterusnya, Dr Fakhrul Radzi menyatakan, keburukan ketiga vaksin terletak pada harganya yang mahal.

"Vaksin mahal. Sekarang okeylah kerajaan bayar nanti dah dibuka kepada pihak swasta mungkin cecah antara RM300 hingga RM500. Jual tinggi.

"Keempat keburukan vaksin adalah tidak mengetahui kesan sampingan. Mungkin boleh terkena sakit kepala, sakit tangan, sakit badan dan demam teruk.

"Bangun nanti boleh kena strok, serangan jantung dan serangan buah pinggang.

"Fikirlah sendiri, side effect (kesan sampingan) yang anda takutkan itu entah siapalah menakut-nakutkan. Mereka bukan staf kesihatan sekadar foward cerita orang tidak sahih," jelasnya dalam nada kecewa.

vaksin covid19Dalam pada itu, Dr Fakhrul Radzi turut menepis dakwaan individu dikenali 'Mak Teh' yang mengatakan 30 jururawat maut kerana suntikan vaksin.

"Kenapa nurse saja yang mati? Doktor pakar, MA tak mati? Tolonglah, fikirkan masa depan kita dan famili.

"Berapa lama kita nak terkurung begini ? Jom daftar untuk dapatkan vaksin. Biar populasi kita memperoleh komuniti kelompok imuniti.

"Apabila terkena (Covid-19) kita tidak terlalu parah dan menjangkiti orang lain. Fikir-fikirkanlah dan tolong percaya sumber yang betul. Rujuk doktor di hospital," nasihat Dr Fakhrul Radzi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fahkrul Radzi Zubir (@drrazi)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca