AKTIVIS kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman akhirnya berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anaknya di Malaysia.

Meskipun pergolakan berlaku di bumi Palestin, namun ia tidak membataskan usaha untuk merealisasikan impian beliau meraikan lebaran dengan penuh kesyukuran.

Baca ni Kesungguhan memperjuangkan isu Palestin, Nadir Al-Nuri diiktiraf Nona Superhero Award 2023

nadirALHAMDULILLAH.

ALHAMDULILLAH.

ALHAMDULILLAH.

Selepas usaha panjang akhirnya kami disatukan.

Perbincangan beberapa bulan.

Pendapat ramainya ulama’.

Usaha begitu banyak pihak.

Dan paling penting doa kalian semua.

Banyak yang perlu kami ceritakan, hero yang perlu kami dendangkan tetapi buat masa ini biarlah kalian beraya, sehingga esok lusa.

Selepas itu kami akan ceritakan bagaimana ia bermula, siapa di balik tirai misi ‘gila’.

Iklan

Nadir Al-Nuri Untuk hari ini, terima kasih kepada semua atas hadiah paling istimewa di hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin semua. Dan dari sedalam hati kami, terima kasih.

Nadir berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar bersama anak-anak.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  Di SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF

yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang