KESUNGGUHAN Nadir Al-Nuri memperjuangkan misi kemanusiaan di Palestin telah menobatkan beliau sebagai penerima anugerah utama Nona Superhero Award 2023 baru-baru ini.

Beliau merupakan seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali Persatuan Cinta Gaza Malaysia itu berkata, anugerah tersebut adalah yang pertama diterimanya atas kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan di negara tersebut.

“Kami yang bertugas di bumi Gaza tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“Namun anugerah seperti ini memberi inspirasi untuk terus bergerak khususnya ketika waktu yang sangat genting ketika kami yang berada di Malaysia manakala isteri dan anak-anak masih berada di bumi Palestin.

“Terima kasih kepada kalian semua atas semangat dan dorongan yang diberikan,” katanya ketika ditemui SinarPlus semasa majlis makan malam kemuncak Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur.

Baca juga: Nona Superwoman Award 2022 terus mengangkat martabat kaum wanita, iktiraf 50 individu cemerlang

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim menyatakan kebanggaannya terhadap semua penerima anugerah.

“Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting untuk menghargai individu ikonik yang telah mencetus revolusi dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara,” ujarnya.

Beliau turut menyebut mereka sebagai wira-wira negara yang memotivasikan generasi muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia.

Baca juga: Pencarian Nona Superwoman cungkil potensi usahawan wanita

Majlis anugerah yang diadakan oleh majalah Nona buat kali kedua itu disampaikan kepada 18 individu ikonik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan kerjaya masing-masing.

Mereka juga merupakan lelaki-lelaki unggul yang menjadi pencetus revolusi Malaysia sepanjang 2023.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun masih mampu bertahan dengan semangat yang kuat. Sekali gus menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing.

Baca juga: Satukan wanita hebat dalam pelbagai bidang, majlis The Enchanted Night NONA berlangsung meriah

Iklan

Sekadar makluman, anugerah pengiktirafan Nona Superhero Award diadakan buat julung kalinya pada tahun 2021 dengan mengangkat Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai penerima anugerah utama.

Berikut merupakan senarai Anugerah Nona Superhero 2023:

1.Nona Superhero Award – Nadir Al-Nuri
2.Nona Men’s Motivator Award – Prof Datuk Dr Noordin Darus
3.Nona Men’s Fashion Brand Award – Datuk Radzuan Radziwill
4.Nona Men’s Legend Award – Anuar Zain
5.Nona Men’s Active Award – Mohd Al Jufferi Jamari
6.Nona Men’s Inspiring Award – Boss James
7.Nona Men’s Celebrity Business Award – Nubhan Ahamad
8.Nona Best F&B Business Award – Azrain Mohamad
9.Nona Men’s Style Icon Award – Hun Haqeem
10.Nona Men’s Social Media Influencer Award – Ryan Bakery
11.Nona Men’s Paralympic Award – Muhammad Ammar Aiman
12.Nona Best Innovative F&B Business Award – Cef Nazri Jameson (Beard Brothers)
13.Nona Best Medispa Award – Dr Abdul Haq Ab Wasa (Estika Medispa)
14.Nona Best Future Education Fund Award – Ahmad Dasuki Abdul Majid (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
15.Nona Best Aesthetician Award Dr Abdullah @ Maliq Alias (Dr Cute International)
16.Nona Best Community Dakwah Centre Award – Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof (Murtadha Dakwah Centre (MADAD))
17.Nona Best Hair Service & Product Award – Chez Hamdan (ChezKamya Professional)
18.Nona Best Edupreneur Award – Datuk Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim (Al Kauthar Eduqids)

Baca juga: TikTok rai komuniti pencipta konten melalui #ForYouMalaysia

Iklan

Tahniah SinarPlus ucapkan buat semua barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023 kali ini.

Semoga penganugerahan yang diterima dimanfaatkan untuk masa depan negara dan menjadi contoh kepada generasi muda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang