Semak bonus ASB guna MAE, ini langkah mudah 'install', 'link'
Semak bonus ASB guna MAE, ini langkah mudah 'install', 'link'
PENGUMUMAN dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang ditunggu ramai telah diumumkan pada 22 Disember lalu.
Pastinya pemegang unit ingin menyemak dividen yang diperoleh dan tahu berapa sebenarnya jumlah yang diperoleh selepas pelaburan dibuat selama setahun.
Selain menggunakan portal myASNB, orang ramai juga boleh menggunakan MAE dengan hanya langkah mudah.
Untuk makluman, akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2U telah dibatalkan. Bermula 18 Jun 2022, pelabur ASB hanya boleh semak melalui aplikasi MAE.
1. Bagi yang belum muat turun aplikasi ini, anda boleh lakukannya melalui salah satu pautan berikut :
- Apple App Store
- Google Play Store
- Huawei AppGallery
2. Setelah muat turun aplikasi, anda perlu terlebih dahulu link atau pautkan akaun ASNB anda menggunakan aplikasi MAE.
Cara Link Akaun ASNB dengan MAE
- Log masuk aplikasi MAE
2. Di laman utama, terdapat 2 titik masuk (butang Transfer atau Maybank2U) untuk pautkan akaun ASNB anda. Pada salah satu titik masuk untuk teruskan.
3. Sekiranya anda tekan Transfer, klik pada ASNB dan pilih ‘ASNB Transfer’.
4. Jika anda klik Maybank2U, pergi ke ‘Wealth’, kemudiannya pilih ‘ASNB Accounts’.
5. Seterusnya, semak dan pilih setuju untuk Terma & Syarat.
6. Tekan ‘Agree & Link’.
7. Luluskan pengesahan Secure2U dengan menekan butang Approve bila notifikasi muncul.
8. Akaun ASNB anda kini berjaya dipautkan.
Baca juga Pelabur ASB jangan cepat ‘melatah’, ini penting apa yang perlu anda lakukan
Sekarang, anda bolehlah semak baki ASB guna MAE dengan beberapa langkah mudah seperti berikut;
1. Log masuk aplikasi Maybank MAE di telefon bimbit anda.
2. Klik butang Maybank2U di bahagian kiri bawah skrin.
3. Di laman seterusnya, skrol ke kiri untuk klik butang paling kanan (Wealth).
4. Klik pada akaun untuk lihat butiran dengan lebih terperinci.
Semua akaun ASB termasuk nombor akaun, jumlah baki akaun serta jumlah baki dividen bagi tahun sebelum ini akan dipaparkan.
Sementara itu, anda juga boleh membuat semakan di portal myASNB.
Bermula 1 Januari 2023 itu, anda boleh mula semak bonus ASB yang diperoleh hanya secara online sahaja sama ada di portal www.myasnb.com.my atau aplikasi myASNB.
Masuk ke halaman www.myasnb.com.my atau aplikasi myASNB dengan login menggunakan ID Pengguna dan Password yang anda telah tetapkan.
Di halaman utama, pada bahagian "Dana Saya", klik pada Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Disinilah akan terpapar segala transaksi atau urus niaga dalam tempoh 90 hari terbaru termasuklah bonus ASB untuk tahun 2022.
Klik pada transaksi tersebut untuk ketahu secara detail jumlah bonus yang anda peroleh untuk tahun 2022.
Baca juga Mudahnya! Ini cara tukar kad debit Maybank secara online, kad dihantar ke rumah
Cara semak bonus untuk dividen ASB 2022;
Langkah 1 : Buka aplikasi myASNB dan login menggunakan ID dan password
Langkah 2 : Kemudian pada bahagian Dana Saya, klik pada Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Langkah 3 : Bonus ASB 2022 akan terpapar pada bahagian paling atas Urus Niaga Terkini.
- Normal Reinvestment (Divided) - 3.35%
- Specil Reinvestment (Bonus) - 1.15%
- Special Dividend (Bonus Tambahan) - 0.50%
Langkah 4 : Tambahkan kesemua jenis transaksi tersebut dan itulah bonus dan dividen ASB 2022 yang anda perolehi.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun myASNB, anda boleh daftar secara online terlebih dahulu.
Tetapi sekiranya tidak berjaya, semakan bonus ASB 2022 boleh juga dibuat menerusi perbankan online Maybank atau di mana-mana cawangan ASNB dan ejen ASNB seperti bank dan pejabat pos seluruh negara.
Dengan adanya kemudahan ini, maka anda tak perlu lagi untuk ke bank atau kiosk ASB. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.
Semoga membantu!
Sumber: ecentral, aimanabdullah.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang