Semakan penempatan pendaftaran Tahun 1 2024/2025 bermula 1 Oktober, ini info penting ibu kena tahu

PENTING buat ibu bapa yang mempunyai anak berusia enam tahun yang akan memasuki darjah satu Tahun 2024, sila ambil maklum tarikh penting untuk semakan dan cetak surat penempatan sekolah masing-masing.

Surat penempatan itu nanti perlu dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Februari 2024.

Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan dan permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2024 / 2025 di sistem idME akan dibuka mulai 1 Oktober 2023 untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.

Jadi, bagi ibu bapa yang dah lupa dekat mana slip penempatan Tahun 1 untuk pendaftaran sekolah anak bulan Mei 2023 yang lalu, jangan lupa buat semakan dan war-warkan juga pada ibu bapa yang lain ya.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2024/2025.

Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1;

Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Oktober 2023

Tempoh rayuan : 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023

Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 30 Oktober 2023

Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022

NOTA:

  • Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
  • Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
  • Proses pengesahan dan semakan penempatan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

Baca juga #SiBibirMerah: Guru bukan orang gaji, anak murid bukan anak sendiri

Gambar hiasan

Berikut adalah langkah membuat pendaftaran Tahun 1 secara online.

  1. Layari laman web https://idme.moe.gov.my/login
  2. Tekan butang Log masuk
  3. Klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Setelah itu, pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

TINDAKAN IBU BAPA

Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.

PERAKUAN PENEMPATAN

Ibu/bapa atau penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.

Iklan

Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.

Permohonan Rayuan

  • Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan mulai 1 Oktober hingga 30 Oktober 2023.
  • Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  • Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  • Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  • Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.

Baca juga ‘Syukur Ya ALLAH.’ Memey Suhaiza menitiskan air mata, anak sulung rangkul anugerah pelajar terbaik

Iklan

Tindakan Sekolah;

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
  4. Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.

Terlupa Kata Laluan;

  • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
  • Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
  • Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
  • Untuk maklumat lanjut dan segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan anda melalui sistem.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!