PELAKON, Memey Suhaiza menitipkan syukur kepada ALLAH SWT selepas anak sulung, meraih Pelajar Terbaik Year Keseluruhan 4.

Muhammad Darwisz Hakim, 10, yang baharu menghabiskan pengajian di Year 4 mencatat keputusan cemerlang dalam enam mata pelajaran.

Isteri kepada Norman Hakim itu kelihatan sebak menyaksikan anak mereka menerima pengiktirafan pada majlis Ihtifal 2023 Abedeen Academy yang berlangsung baru-baru ini.

Jelas Memey, ini bukan kali pertama Muhammad Darwisz Hakim yang mesra dipanggil Awishz ‘naik pentas’ menerima anugerah akademik.

Baca juga: ‘This one is for you Tok Pok.’ Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih Awishz. Mummy ingat lagi semasa ihtifal tahun lepas, Awishz menerima award untuk subjek Sains.

“Mummy cakap terima kasih Awishz. Mummy sangat gembira dan berdoa tahun hadapan (maksudnya tahun ini) Awishz akan meraih banyak lagi.

“Ketika itu, Awishz jawab ‘Ok mummy. Mummy suka ke Awishz naik atas stage?’. Mummy jawab, mummy dan papa sangat happy.

“Alhamdulillah tahun ini Awishz buktikan. Bukan sekadar menjadi pelajar terbaik dalam beberapa mata pelajaran tetapi Best Year 4 International Student Overall Best Performance.

“Terima kasih sayang, mummy papa happy dan sangat bersyukur,” titip Memey.

Baca juga: ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Dalam video yang dikongsi, Memey menitiskan air mata tersentuh ketika meneliti kepingan sijil diperolehi putera sulungnya.

Tidak lupa, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengucapkan terima kasih kepada barisan guru warganet yang mendoakan anaknya.

Baca juga: ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

“Terima kasih juga buat semua yang mendoakan anak mummy dan papa dalam hantaran sebelum ini.

“Awishz sangat gembira dan dia membaca satu persatu komen kalian. Mummy belum ada kesempatan untuk membalas tetapi mummy hargainya.

“Terima kasih para guru yang mengajar anak-anak kami. Halalkan segala ilmu dan doakan semoga Awishz terus membesar jadi anak yang baik, berjaya di dunia dan akhirat,” titip Memey.

Baca juga: Hijab tidak halang Memey bergaya, sentiasa jaga batas

Iklan

Harapan Memey, anak keduanya, Muhammad Dikhriz Hakim mencontohi dan mengikut jejak langkah si abang.

Warganet yang terharu menyaksikan catatan kejayaan Awishz mendoakan agar anak-anak Memey dan Norman terus cemerlang.

– “Alhamdulillah. Semoga Awishz terus mencapai kecemerlangan dunia akhirat.”

– “Alhamdulillah. Tahniah @memeysuhaiza dan anakanda Awishz.”

– “Anak cerdik, semoga menjadi penyejuk mata ayah dan bonda.”

– “Tahniah Awishz dan Memey. Kecil lagi sudah pandai berjuang mencari kejayaan.”

Iklan

Memey, 35, dan Norman Hakim, 47, mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5.

Baca juga: ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

Baca juga:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang