PENDAKWAH Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal dengan sifat pemurah membantu insan memerlukan. Terkini, bapa kepada empat cahaya mata itu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita berbangsa India.

Pernah berkahwin dan dihalau dari rumah sewa, wanita dikenali Aunty Maaletchmy itu ditemui tidur di tepi jalan. Terkesan dengan situasi tersebut Ustaz Ebit membantu menyediakan tempat tinggal dan kelengkapan.

“Hari air mata. Pilu rasa hati. Aunty Maaletchmy tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun. Kerja kutip besi. Makcik India ini umur 62 tahun. Rajin kutip besi.

“Tiga kali saya ternampak makcik kutip besi. Cari semula dah tiada. Fasih cakap Melayu dan bahasa Inggeris. Tak sangka ada orang tidur di sini selama ini. Dengan kereta banyak lalu sebelah sini.

“Tengah malam makcik ini akan tolak troli dan tidur di bawah pokok dan khemah kecil semenjak 14 tahun lalu. Memang dia menyorok tidur ada pokok menjadi penghadang kerana tak nak orang nampak. Prinsipnya tak nak susahkan orang. Tauke besi buruk dan beberapa orang susah yang mengenali makcik ni gembira bila saya datang. Katanya tolonglah dia, kami risau dia tidur bawah pokok je,” tulis beliau di dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Lebih membimbangkan kerana tidur di tempat terbuka Maaletchmy mengakui ramai lelaki jahat menangguk di air yang keruh dengan berbuat perkara tidak baik atas dirinya.

“Makcik ni pernah berkahwin. Lagi sedih makcik cerita dekat saya, kadang ada orang kacau. Katanya lelaki pernah buat tak baik padanya atau raba dia. Ramai ambil kesempatan walau dia dah tua. Katanya janji jangan pukul saya.

Baca juga Ustaz Ebit bantu budak gelandangan. Ibu ayah maut kerana Covid-19, urus masuk madrasah

Mungkin kerana terlalu berhati-hati terhadap orang asing, wanita itu pada mulanya menolak bantuan daripada Ustaz Ebit.

“Sedih sangat dengar nasib hidupnya. Dulu pernah menyewa, tapi kena keluar sebab tiada duit nak bayar. Saya pujuk sehingga dia terima rumah sewa free. Ustaz bagi orang lain yang lebih perlu. Saya boleh cari duit. Kalau kuat kerja cukup duit untuk makan minum semua. Saya sihat walau 62 tahun. Muda dekat hati bila bersyukur dan happy.

“Dia tak percaya orang sangat. Syukur akhirnya berjaya bawa dari pukul 3 petang semalam pergi shopping baju, kasut, barang-barang rumah sementara tunggu kunci daripada tuan rumah pada pukul 9 malam,” kongsinya lanjut.

Ebit menyantuni Maaletchmy seperti seorang anak melayani ibunya. Lebih menginsafkan apabila wanita itu bertindak menghabiskan kuah sajian ikan patin yang mereka nikmati kerana tidak mahu membazir.

Iklan

“Dia suka warna hijau. Beli baju semua warna hijau. Saya ajak makan waktu berbuka puasa. Katanya saya tak puasa. Ustaz makanlah dulu. Tak apa makcik kita makan sekali. Katanya kali pertama makan ikan patin. Sedap goreng ni ya ustaz. Makcik ni ambil semua lebih kuah hirup. Saya kata saya order lagi. Tak apa saya tak mahu bazirkan. Dia hirup semua kuah lebih.

“Syukur dapat sewakan rumah di Mentari Court. Bawa sekali troli dan beg kecil milik makcik tadi. Dia menangis cakap terima kasih. Saya ingat kamu main-main. Betul kamu baik ye. Selepas ini saya tak payah berlari kalau hujan lebat tengah malam.

Iklan

“Tiada orang buat tak baik pada saya. Terima kasih ye Ustaz. Saya doakan kamu. Sampai pukul 10.30 malam baru saya balik dapat satu kes lain pula. Sedih ujarnya yang tidak berhenti melakukan kebaikan dan membantu golongan memerlukan.

Semoga akhlak yang mulia, sifat pemurah dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit ini boleh dijadikan panduan dan contoh buat kita semua.

Sumber: Ebit Lew