BAGI ibu bapa atau pelajar mahupun guru, printer peribadi kini pastinya menjadi keutamaan, lagi-lagi ketika semuanya belajar dari rumah menerusi pembelajaran online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jadi jika ada yang bercadang untuk mencari printer murah, korang boleh tengok senarai ini dengan harga bawah RM400.

Dengan adanya printer sendiri, ia amat membantu memudahkan urusan mencetak, mengimbas dan fotokopi tugasan harian tanpa perlu keluar ke mana-mana kedai percetakan di luar. Pastinya menjimatkan kos perjalanan, masa dan sebagainya.

Tambah lagi, korang boleh mencetak bila-bila masa sahaja dan pastinya kos lebih murah.

Pelbagai jenis peranti printer di pasaran seperti Canon, HP, Epson, Brother dan sebagainya.

Jika korang sedang mencari sebuah printer terbaik untuk tahun 2021 tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, ini lapan senarai printer berharga sekitar RM300-RM400. Namun yang ke lapan itu sangat berbaloi!

Ini harga ketika ini, namun mungkin mengalami sedikit perbezaan dari semasa ke semasa.

1) Canon Pixma E410

Antara jenama dan model yang mendapat permintaan ramai iaitu Canon Pixma E410.

Menggunakan jenis inkjet yang mampu untuk print lebih banyak kertas dalam satu masa.

Fungsi – Print / Scan / Copy
Output – Monochrome
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Tiada
Harga – RM389

2) Canon imageCLASS LBP6030w Printer

Boleh dapatkan printer ini jika korang tidak kisah dengan output yang dibekalkan.

Ini kerana ianya hanya boleh print satu warna sahaja iaitu black/hitam (monochrome) dengan jenis laser.

Model LBP6030 tiada sambungan Wifi, tetapi anda boleh dapatkan model LBP6030w dengan ada sambungan Wifi tetapi dengan harga RM429

Fungsi – Print
Output – Monochrome
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Tiada
Harga – RM330

3) HP Deskjet 2336 Printer

HP juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan printer mereka sendiri.

Dengan menggunakan jenis deskjet/inkjet, ianya boleh print dengan baik. Jadi pelajar, ibu bapa atau guru sangat sesuai dengan printer jenis untuk digunakan di rumah.

Fungsi – Print / Scan / Copy
Output – Black & Colour
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Tiada
Harga – RM368

4) Brother HL-1210W

Sebuah lagi jenama printer yang ada fungsi wifi padanya. Brother HL-1210W merupakan printer jenis laser. Walau bagaimanapun, ianya hanya dapat menghasilkan satu warna aka monochrome sahaja.

Fungsi – Print
Output – Monochrome
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Ada
Harga – RM388

Baca juga Ini senarai 10 tablet terbaik bawah RM1000 sesuai untuk kelas online

5) HP Deskjet 2135 Printer

Antara printer All-In-One yang cantik dihasilkan oleh HP. Ianya digayakan dengan 2 warna iaitu putih dan hijau.

Fungsi – Print / Scan / Copy
Output – Black & Colour
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Tiada
Harga – RM328

Senarai 8 printer murah harga bawah RM400 sesuai untuk kelas online

Iklan

6) HP Deskjet Ink Advantage 2776

Ini printer terbaik dalam senarai korang boleh dapatkan dengan harga kurang RM400. Semua tersedia termasuklah sambungan wireless.

Selain itu support HP Smart App bagi memudahkan proses print terus daripada smartphone.

Fungsi – Print / Scan / Copy
Output – Black & Colour
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Ada
Harga – RM323

7) Canon Pixma E3370

Canon juga ada mengeluarkan printer yang serba lengkap seperti Pixa E3370 ini.

Jenis inkjet, fungsi all-in-one disediakan beserta sambunga wifi. Tak perlu guna kabel untuk prit, guna wifi sahaja.

Fungsi – Print / Scan / Copy
Output – Black & Colour
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Ada
Harga – RM369

8) Canon Pixma TS307

Iklan

Pilihan terakhir untuk printer terbaik bawah RM400 adalah Canon Pixma TS307.

Korang turut peroleh fungsi all-in-one, wireless dan support aplikasi PRINT Inkjet/SELPHY di telefon. Print sahaja di telefon, settle!

Fungsi – Print / Scan / Copy
Output – Black & Colour
Saiz kertas – Maksimum A4
Wifi – Ada
Harga – RM180

Semoga bermanfaat!

Sumber: HELLOKERJA