Seperti 'one stop centre', ini senarai Channel Telegram menarik perlu disertai

A
A
A

AKHIR-AKHIR ini ramai yang terpaksa mengikuti atau 'install' aplikasi Telegram di telefon pintar.

Ini kerana kebanyakan guru menggunakan aplikasi itu untuk pembelajaran anak-anak menerusi pembelajaran online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Namun bagi korang yang masih belum 'explore', sebenarnya aplikasi Telegram bukan sahaja sekadar untuk mesej bersama rakan lain yang sepertinya ada pada Whatsapp, tetapi ianya lebih daripada itu.

Malah, ia seperti one stop centre, semua ada!

Kelebihan yang paling best adalah, jika perkongsian gambar atau video, ia tidak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, telegram adalah tempat paling mudah dan cepat berbanding di Whatsapp pastinya gambar tersebut kualitinya akan dikurangkan.

Selain itu, tahukah korang di Telegram juga terdapat pelbagai Channel yang disediakan seperti sukan, teknologi, download movie secara percuma, download lagu, stream video, belajar editing, belajar berniaga, perkongsian e-book, tempat mencari pekerjaan dan macam-macam lagi. Korang boleh 'search' sahaja dalam Telegram

tersebut.

Ini antara senarai Channel yang mungkin bermanfaat untuk korang;

  • GPSBestari_Official
  • SCHOLARSHIPS | BIASISWA
  • AIRASIA FLASH PROMO
  • Netflix Movies and Series
  • Sahabat Mufti WP
  • PC Games Support
  • Senarai Jawatan Kosong Terkini
  • Korea Movies
  • Watch And Download Movie
  • Daily Music
  • MBHD TV Series (Koleksi Drama)
  • Software dan Application
  • Ilmu Pengurusan Kewangan, Perdagangan & Pelaburan Saham
  • Motivations, Quotes, Studygram
  • Usrah Santai
  • Resepi Makanan
  • Memes
  • 1 Hari 1 Hadis
  • Cerita Seram
  • Job Vacancy
  • Android Apps
  • Filem Bollywood
  • Shopping
  • Android APK
  • Staycation
  • Detective Conan
  • Running Man
  • Channel Buku
  • Senarai Movie
  • Anime

Baca juga Bahaya kalau biarkan asap rokok ‘kekal’ dalam rumah, ini 8 cara hapuskan bau dengan mudah

  • Wallpaper Handphone
  • Topik astronomi dan juga meteorologi
  • Nota Parenting Taufiq Razif
  • Listen And Download Music
  • Quran 30 Juz
  • Tempat Bercuti
  • Job Safety
  • Cari Jodoh
  • Lawak Google
  • Fon Jawi
  • Kerjaya Industri Pembinaan
  • Game List
  • Kenali Alim Ulama Alam Melayu
  • Sepahtu Reunion Live and Movies

Seperti 'one stop centre', ini senarai Channel Telegram menarik perlu disertai

Sementara itu, antara kelebihan lain Telegram adalah;

1. Akaun Telegram boleh dibuka serentak di telefon pintar (Androi dan iOS), tablet, desktop dan melalui laman web Telegram di web.telegram.org

2. Ia menggunakan unik username sebagai mengganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Selain itu, username

berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram.

3. Group chat boleh masukkan 1000 orang ahli, namun kalau lebih dari 1000 orang ahli maka perlu upgrade ke Supergroup yang boleh masuk sehingga 5000-100,000

orang ahli.

4. Katakan tiba-tiba handphone ‘jam’, dan nak uninstall beberapa apps termasuk Telegram. Boleh je uninstall telegram dengan senang hati sebab semua mesej, nota

penting, fail dalam tu tak akan hilang! Bila install balik, masukkan nombor telefon yang sama, masih boleh lihat 100% sama macam sebelum kita uninstall.

5. Bestnya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma

je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.

6. Untuk setengah orang, maklumat dalam telegram dia tu sangat privasi. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat dalam Telegram, jadi dia boleh set password hanya

untuk apps Telegram sahaja. Caranya mudah, pergi ke Setting - Privacy and Security. Boleh set password korang kat situ.

7. Ada Channel dan Group. Channel untuk medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group. Channel Telegram ni seperti Website lah, menyediakan semua maklumat mengikut niche Channel tersebut.

8. Boleh baca 'previously' punya mesej dalam group. Kalau ada yang invite korang masuk group, korang tak rasa krik-krik sangat. Korang boleh baca segala previously punya chatting dalam group.

9. Banyak sticker yang comel-comel korang boleh dapat. Nak dapatkan semua sticker tu percuma je. Lebih menarik lagi, korang boleh buat sticker muka sendiri! Search je @stickerbot . Dekat situ Telegram akan guide korang untuk buat sticker sendiri.

10. Appearance dalam telegram ni boleh tukar ke nightmode. Maknanya, waktu malam kalau buka telegram, akan bertukar warna di screen handphone ke night blue.

Sedap sikit mata memandangkan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca