Sesak membeli-belah bagaikan tiada hari esok, warganet suarakan kebimbangan muncul kluster bazar Aidilfitri

A
A
A

LEBIH kurang dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Hari Haya Aidilfitri. Mungkin ramai yang sedang membuat persiapan.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah tentunya bazar raya atau Bazar Aidilfitri yang menjual pelbagai keperluan seperti baju tradisional, kuih muih, hiasan kediaman dan sebagainya.

Tular di media sosial keghairahan sejumlah besar pengunjung bazar raya yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa terutama sekali penjarakan fizikal.

Berikut adalah situasi di sekitar sebuah bazar raya di Kuala Lumpur.

 

Turut dikongsikan juga video di Twitter yang memaparkan kesesakan para pengunjung.

Harap tak ada kluster dari sini

Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap isu tersebut. Ramai menegur tindakan orang ramai yang suka menyalahkan individu lain padahal, diri sendiri tidak mempraktikkan SOP.

Kebanyakan warganet kecewa dengan tindakan para pengunjung yang tidak mematuhi SOP serta bimbang akan wujud kluster baru bazar raya.

 

Cluster raya on the way!

Tak bersyukur dengan kelonggaran yang diberi

Kasihanilah frontliners

Masih tak ada kesedaran lagi ke?

Dalam membuat persiapan hari raya, diharapkan korang semua mematuhi SOP yang ditetapkan. Semoga kes positif tidak meningkat selepas ini dan kita dilanda gelombang Covid-19 yang seterusnya.

Elakkan dan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan segera jika bergejala, duduk di rumah serta elakkan amalan kunjung-mengunjung. Jauhi  3C iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

Sumber: Twitter ">HussamuddinYaacub

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca