BERCERAI menjadi jalan akhir sebuah perkahwinan yang sudah bertahun dibina. Ia adalah penyelesaian terbaik selepas semua usaha untuk memulihkannya gagal.

Saban hari berita berkaitan penceraian membabitkan selebriti menjadi perhatian ramai. Ada yang terus berpisah, ada yang sedang retak menanti belah angkara kehadiran orang ketiga dan culas tanggungjawab.

Dalam dua kes permohonan cerai dua selebriti yang hangat diperkatakan, Bibir Merah mahu kaum lelaki mengambil pengajarannya tentang tawar hati seorang wanita.

Baca juga: Suami enggan lafaz talak, adakah selamanya isteri tidak akan dapat bercerai? 20 info wanita perlu tahu

Ada yang pernah disekat oleh suami sendiri di WhatsApp selama setahun, ada juga yang telah memberi peluang suami menghadiahkan cincin selama lapan tahun.

Wanita bertindak menarik diri dari perkahwinan bukan kerana apa yang baru berlaku hari ini. Ia disebbabkan oleh luka yang sudah bernanah terlalu lama. Hati jadi letih dan tawar lantaran perkara yang sama berulang terlalu lama.

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Jika sudah tawar hati, hadiah dan pujukan pun tidak mampu memadamkan segalanya. Justeru, lelaki sedarlah, perpisahan hari ini bukan disebabkan oleh apa yang berlaku pada minggu lepas atau bulan lalu, tetapi sudah lama membarah dalam jiwa si isteri. Luka yang tidak akan sembuh.

Ke manakah mereka para suami sebelum ini? Bibir Merah tertarik perkongsian pakar motivasi, Datuk Dr Fazilah Kamsah yang mengatakan apa juga yang berlaku dalam rumahtangga, kuncinya adalah komunikasi.

Yang seorang ego tak mahu memujuk, yang seorang memendam rasa. Lama-lama luka semakin membesar, rumah tangga bertambah goyah.

Baca juga: Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Kena bersembang, kena bertanya. Tengok mata pasangan dan fokus ke arah wajahnya ketika berkata-kata. Jangan lokek perkataan maaf dan hadamkan kata-kata pasangan dengan hati yang terbuka.

“Tunjukkan kita sangat sayang kepadanya dan peduli dengan apa yang dia alami. Walaupun pada masa itu kita masih lagi keliru, apalah salah aku hari ni.

“Yang penting minta maaf dan tunjukkan effort untuk redakan api kemarahan atau kecewa yang membara. Sirami hati YANG MARAH dengan kemaafan dan kasih sayang ya,” kata Tok Abah.

Ketika rumah tangga goyah, jangan pula cetuskan kehadiran orang ketiga. Jangan meluahkan kepada berlainan jantina. Jika sudah ada bibit-bibit itu, cepat-cepat tampar diri sendiri.

Iklan

Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Renung sebentar wajah anak-anak. Kalau ada tanggungjawab tidak tertunai, ikhtiarkan.

Para suami sedarlah wanita dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, jika dikasari pasti akan mudah patah. Moga ALLAH pelihara rumah tangga kita semua selama-lamanya.

Si Bibir Merah: Di mahkamah baru nak pujuk, hati wanita jika sudah tawar, beri segunung emas pun tidak akan berpaling ke belakang lagi.

Iklan

Baca juga: Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.