#SiBibirMerah: Tahun baharu Islam, wahai wanita, berubahlah kepada kehidupan lebih baik

wanita
wanita
A
A
A

TAHUN baharu dalam kalendar Islam, hari ini memasuki hari kedua bulan Muharam 1444 Hijrah.

Sempena awal Muharam yang juga sinonim dengan panggilan Maal Hijrah ini, apa kata setiap wanita tanamkan azam baru dalam diri ubah kehidupan agar menjadi lebih baik.

Umum maklum, Maal Hijrah itu adalah sempena memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah ALLAH SWT.

Jadi, apa kata wahai setiap wanita, kita ambil inspirasi 'menghijrahkan' diri ke arah hidup yang lebih sempurna dan bermanfaat.

Biasanya, jika sebut pasal azam baru macam-macam jenis yang ada seperti turunkan berat badan, menabung, umrah, beli rumah dan sebagainya.

Apa pun semuanya dengan matlamat berazam untuk mengubah diri dan kehidupan ke arah yang lebih baik. Betul kan?

Walaupun azam yang lama masih belum tertunai, sekurang-kurangnya ubahlah diri kita dan kehidupan ke arah yang lebih baik dan menjadi orang yang berjaya, seperti;

1. Belajar dari kesilapan masa lalu

Kita jadikan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Andai sebelum ini, apa yang kita azam tidak mencapai apa yang kita target. Jadi pada tahun baru ini kita berusaha lagi. Lupakan saja kegagalan yang pernah kita alami pada tahun sebelumnya.

Jadikan kegagalan itu sebagai titik permulaan kita dan teruskan belajar dari setiap kelemahan dan kesilapan masa lalu untuk mencari kekuatan kita. Jadi tetapkan azam dan matlamat pada tahun baru ini untuk terus berusaha untuk raih apa yang kita impikan.

2. Mencipta kebahagiaan hidup

Andai kata sebelum ini banyak waktu kita habiskan hanya dengan kecewa, sedih, sukacita dan sebagainya. Bangun segera! Lupakan semua rasa kekecewaan dan kesedihan itu.

Jadi tetapkan azam pada tahun ini mahu menjalani kehidupan dengan tenang, bahagia, semangat, ikhlas dan penuh rasa syukur.

Baca juga #SiBibirMerah: Ahli keluarga hilang cabaran buat wanita, jadikan ia pengajaran

3. Luangkan masa bersama keluarga

Orang yang berjaya terlalu sibuk. Banyak kerja yang perlu dilakukan sampaikan kadang-kadang tiada masa untuk luangkan masa bersama keluarga.

Keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan mereka tidak akan mencampur-adukkan masa kerjaya dan masa bersama keluarga. Jadi, cuba untuk luangkan masa bersama keluarga tercinta.

4. Hidup lebih teratur dan santai

Memiliki kehidupan yang teratur dan lebih santai adalah sesuatu yang menjadi kemahuan semua orang. Andai kata sebelum ini persekitaran hidup tidak teratur, rasa serabut dengan kerja yang banyak, stres dan sebagainya.

Jadi, cuba selepas ini berazam wujudkan persekitaran hidup yang teratur dan terancang. Bila kehidupan kita teratur dengan baik, semuanya akan jadi mudah walaupun kerja banyak. Semuanya akan berjalan dengan lancar.

5. Kuasai ilmu dan lakukan benda baru

Selepas ini, apa kata kita kuasai ilmu dan belajar sesuatu yang baru pula. Dulu tak pandai bisnes, sekarang dah pandai bisnes, dulu tak pandai masak, sekarang dah pandai masak. Nampak tak perubahan baru dalam hidup dari tak pandai jadi pandai.

Jadi, jangan takut mencuba perkara baru dalam hidup. Kalau berjaya, kita bahagia. Kalau gagal kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca