#SiBibirMerah: Wanita fikir anak juga untuk kembali bersuami

akadnikah
akadnikah
A
A
A

#SiBibirMerah: Wanita fikir anak juga untuk kembali bersuami

MEMILIH suami bukan suatu perkara yang mudah. Ia agak sukar, tambahan pula zaman kini susah untuk mencari dan mendapatkan suami yang soleh dan baik.

Ia ibarat kita memilih seorang nakhoda buat mengemudi sebuah bahtera. Tentu tidak mudah untuk dipastikan jauh dekat dan susah senang sepanjang pelayaran nanti.

Justeru kekuatan dan kemampuan yang sebenar harus dipastikan ada pada seseorang nakhoda yang dipilih.

Lagi sukar apabila kita seorang wanita yang berdepan kegagalan dalam perkahwinan pertama, mencari calon suami baru tu lebih menyulitkan.

Begitulah, Bibir Merah berasa sebak apabila membaca kisah seorang kanak-kanak OKU di Kuching, Sarawak yang meninggal dunia dalam keadaan amat tragis.

Dikatakan jasad kanak-kanak berusia enam tahun itu disumbat ke dalam guni dan buang ke dalam semak. Menyedihkan, jasad kaku itu juga sedang memeluk anak patung ketika ditemui!

Baca juga Akad nikah bahasa Jepun, mas kahwin dalam yen, pengantin baru jadi perhatian warga maya

Lagi menyesakkan dada apabila kekejaman tersebut dilakukan oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu sendiri!

Allahu... Di manakah letak hatimu wahai si lelaki durjana!

Duhai wanita, jika anda ingin mencari calon suami lagi, pilihlah sebetulnya. Fikirkan anak-anak juga.

Sebab pilihan kita itu bukan hanya bersama kita selepas berkahwin, dia juga perlu melayani dan menjaga anak-anak kita sebaiknya.

Pastikan perkara asas seperti berikut dalam pemilihan yang perlu dibuat bagi mendapatkan calon suami yang soleh;

1. Seorang yang soleh

Allah Ta’ala yang menciptakan manusia, lelaki dan perempuan, DIA cukup tahu apa keinginan dan fitrah semulajadi seorang perempuan. Seorang perempuan mahukan dirinya dibimbing, dan sangat mengimpikan kehidupan selepas berkahwin yang tenang dan tenteram. Kerana itu, syariat Islam menitik beratkan soal memilih siapa yang akan menjadi pembimbing tersebut, dengan menekankan perihal SOLEH sebagai asas penting menentukan pilihan.

Hanya seorang lelaki yang soleh, akan menjadi seorang yang amanah dan konsisten dengan tanggungjawab yang digalas. Manakala lelaki yang tidak soleh, lebih mudah cuai dan pecah amanah.

2. Seorang yang beragama

Hidup beragama adalah nikmat sebenar menjadi seorang muslim. Ada ramai muslim yang agamanya Islam, tetapi cara hidupnya jauh dari nilai beragama.

Ada ramai juga muslim yang berada dalam jurusan agama dan digelar orang agama, tetapi jiwanya jauh dari konsistensi hidup beragama. Lelaki yang hendak dipilih sebagai pembimbing dan nakhoda kita itu, mestilah seorang yang benar-benar beragama.

Baca juga Awas, suami isteri bermesra siang hari bulan Ramadan boleh jatuh makruh, batalkan puasa

Gambar fail.

3. Mempunyai akhlak yang tinggi

Seorang lelaki yang baik untuk dipilih sebagai suami adalah seorang lelaki yang subur jiwanya dengan akhlak terpuji. Dia mampu menjaga lisannya dari mencarut apabila kesabarannya diuji.

Dia mampu menjaga anggotanya dari menyakiti apabila emosinya mencabar diri. Akhlak tinggi dan terpuji itulah yang terus dijadikan penghias peribadi.

4. Jiwa yang besar

Jika hendak memilih calon suami, carilah mereka yang mempunyai jiwa yang besar.

Sebab apa? Kerana lelaki yang mempunyai jiwa yang besar akan memandang lebih jauh ke hadapan. Dia akan membawa keluarga dengan lebih baik mengikut laluan dan landasan yang benar dan betul.

Lelaki itu diciptakan oleh Allah secara fitrahnya punya jiwa untuk memimpin. Justeru dalam dirinya wujud nilai-nilai kepimpinan. Dia melihat masa depan, perancangan dan persediaan menempuh cabaran dalam sudut pandangnya yang tersendiri.

Hidup kita adalah mengenai pilihan. Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan kita. Semoga apapun pilihan kita nanti, kita sandarkan tawakal dan reda kita kepada ALLAH setelah semua usaha kita lakukan demi mencapai redhanya.

Sumber: Baitulmuslim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca