#SiBibirMerah: Wanita, pilihlah memakai pelitup muka untuk keselamatan diri, anak, orang lain
#SIBIBIRMERAH: Wanita, teruslah memilih untuk memakai pelitup muka walaupun telah tidak diwajibkan kini.
Rabu lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan (opsyenal).
Bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka.
Begitu juga di sekolah, KPM tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh KKM pada Rabu.
Jelasnya, pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan.
"Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang ramai orang," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.
Baca juga Pemakaian pelitup muka tidak wajib kecuali tiga keadaan ini, 7 info wanita perlu tahu
Namun begitu, Bibir Merah berpendapat pemakaian pelitup muka buat masa ini masih perlu. Ia bagi melindungi diri, anak-anak dan juga orang lain.
Pelbagai virus yang ada kini masih membimbangkan selain Covid-19 seperti influenza, hepatitis, cacar monyet dan sebagainya.
Kenapa perlu sentiasa pakai pelitup muka?
1. Pelitup muka bertujuan melindungi SALURAN PERNAFASAN daripada dimasuki sebarang virus termasuk Covid-19 melalui HIDUNG dan MULUT.
2. Virus yang merebak melalui titisan cecair dan titisan cecair ini boleh dalam bentuk partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol).
3. Aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter bergantung kepada aliran udara dan keadaan sekeliling.
4. Tempat terbuka kurang risiko jangkitan berbanding tempat tertutup kerana aliran udara sentiasa bergerak tetapi jika sesak dengan orang ramai, risiko jangkitan juga adalah tinggi.
5. Apabila ramai orang berhimpun dan tidak mematuhi SOP, sudah pasti lebih banyak virus berada di udara.
6. Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa pakai pelitup muka dan elak tempat berisiko atau jika terpaksa berada di kawasan itu, hadkan tempoh masa.
Bagi anda yang ingin mendapatkan pelitup muka yang mematuhi standard keselamatan SIRIM, Karangkraf Medicare Sdn Bhd mengambil ada mengeluarkan pelitup muka eksklusif dan perubatan (medical) yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang