Varian Omicron berasal daripada tikus jangkiti manusia, 6 fakta berkaitan

A
A
A

UMUM mengetahui varian Covid-19 baharu, Omicronmenggerunkan kerana mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda banyak daripada varian Delta.

Golongan yang tidak berisiko juga berdepan kemungkinan dijangkiti penularan varian baharu itu yang disifatkan lebih cepat menular.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menakutkan, kes melibatkan strain baru B.1.1.529 yang pertama itu ditemui di Gauteng, Afrika Selatan itu kini semakin bertambah di seluruh dunia.

Dalam perkembangan terbaharu, Omicron yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai varian yang membimbangkan (variant of concern – VOC) itu dikatakan berkemungkinan bermutasi dalam kawanan tikus sebelum menjangkiti manusia.

Baca juga Kanak-kanak 8 tahun rakyat Malaysia pertama positif varian Omicron, 8 info ringkas berkaitan

Menurut laporan akhbar Daily Star baru-baru ini sekumpulan penyelidik dari China mendakwa bahawa;

1. Apabila virus terhasil dalam haiwan tersebut, ia mengumpul mutasi dengan pantas sebelum menular dalam kalangan manusia.

2. Hasil kajian kami mendapati bahawa asal usul Omicron dipindahkan daripada manusia kepada tikus, seterusnya mengumpul mutasi dengan pantas untuk menjangkiti perumah.

3. Ia kemudiannya kembali menjangkiti manusia, sekali gus menunjukkan trajektori evolusi antara spesies bagi penularan varian Omicron.

4. Sebelum ini, asal usul Omicron dipercayai bermula daripada pesakit kronik yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

5. Ia juga dikatakan bermula daripada populasi yang mempunyai pengawasan dan penjujukan virus yang tidak mencukupi.

6. Bagaimanapun, berdasarkan kajian pasukan saintis itu sebelum ini berkenaan evolusi virus, mereka membuat hipotesis bahawa spesies perumah di mana Omicron memperoleh set mutasi tertentu boleh ditentukan dengan menganalisis spektrum mutasi molekul.

omicron Sumber: DEPOSIT PHOTOS

Justeru, orang ramai boleh amalkan Penilaian Kendiri Covid-19 TRIIS.

TRIIS perlu dilakukan untuk mencegah jangkitan. Lima langkahnya adalah seperti berikut:

1. TEST

Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Gred UD54. Bahagian. Bahagian Kawalan Penyakit.

Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

Baca juga 10 info kes pertama Omicron, walau tidak menular, kontak rapat negatif, KJ mohon waspada

2. ISOLATE

Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif.

Patuhi perintah Perintah pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

3. INFORM

Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif.

Segera memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

4. SEEK

Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Sumber: Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca