SIMPAN air secukupnya! Warga Selangor di 99 kawasan akan berdepan detik ‘gangguan’ bermula Isnin, 22 Mei ini.

Itu berikutan pengumuman Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan menyatakan gangguan bekalan air tidak berjadual itu bakal berlaku kerana pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Justeru, pengguna yang terjejas dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan tersebut.

Berikut info berkaitan gangguan bekalan berkenaan;

1. Sebanyak 99 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Isnin depan.

2. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei (Selasa) manakala bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 24 Mei (Rabu).

3. Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Baca juga Mula simpan air, El Nino kuat dijangka Mei hingga Julai ini. 7 perkara wajib semua ambil tahu

4. Kerja-kerja pembaikan kecemasan ini melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200mm diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar. Oleh yang demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama.

5. Namun begitu, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan.

6. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

6. Air Selangor turut menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

7. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

8. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Baca juga Barang dapur jenis sos kena masuk peti, wanita ini kongsi cara simpan perkakas yang betul

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut;

Jadi, semoga pengguna bertabah, apa jua puncanya kita kena harungi juga fasa kemungkinan ketiadaan air ini.

Daripada pengalaman lalu, pelbagai cara menyimpan air untuk kegunaan dan kaedah penjimatan dikongsi orang ramai, antaranya;

1. Sediakan tong besar

Perlu sediakan tong besar ini yang sangat berguna di waktu tiada air.

2. Periuk pun boleh

Kalau tak ada tong besar, guna periuk atau apa sahaja barangan dapur yang boleh tampung air.

3. Plastik besar

Guna plastik yang besar. Plastik sampah pun boleh, isi air dan ikat. Simpan banyak mana ikut suka ya. Ada juga yang letak plastik besar dalam bakul.

Iklan

4. Water dispenser untuk singki

Senang untuk membasuh apa-apa seperti paip air.

5. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang

Tak perlu membazir bekalan air untuk cuci, beli stok untuk 40 jam tiada air.

Boleh juga gunakan plastik sebagai alas pinggan tersebut.

6. Air mineral untuk minum

Beli air mineral untuk minum. Air simpan digunakan untuk keperluan lebih penting sahaja.

7. Botol spray untuk wuduk

Iklan

Boleh gunakan botol spray untuk wuduk. Tak guna banyak air dan boleh bawa ke mana-mana.

Simpan air secukupnya! Gangguan air 68 jam di Selangor dan KL April ini

8. Masak stok makanan

Memasak biasanya pakai banyak air. Buat lauk stok dan simpan dalam freezer selama tempoh tiada air. Bila nak makan, panaskan sahaja.

9. Tisu basah

Untuk kegunaan yang kurang kotor boleh guna tisu basah ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.