Barang dapur jenis sos kena masuk peti, wanita ini kongsi cara simpan perkakas yang betul

Barang dapur jenis sos kena masuk peti, wanita ini kongsi cara simpan perkakas yang betul
Barang dapur jenis sos kena masuk peti, wanita ini kongsi cara simpan perkakas yang betul
A
A
A

Barang dapur jenis sos kena masuk peti, wanita ini kongsi cara simpan perkakas yang betul

SEMEMANGNYA memiliki dapur yang kemas adalah impian dan cita-cita setiap wanita atau golongan ibu.

Namun tidak dinafikan untuk memastikan ruang dapur yang kemas memang agak mencabar, terutamanya bagi yang suka memasak, tapi tidak mustahil untuk lakukan misi ini.

Dalam menyusun atur barang dapur ini sebenarnya ada petua juga tau. Ada yang perlu dimasukkan ke dalam peti ais dan sebaliknya.

Memang kena teliti sikit kerana ada barangan dapur kita perlu mengikut suhu penyimpanannya yang sebetulnya.

1. Sos

Sos cili, sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonis yang sudah dibuka ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais.

Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening".

Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol.

Jadi nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

Baca juga Ubat demam boleh atau tak simpan dalam peti sejuk? Dr Malar jelaskan kekeliruan

2. Susu

Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais di bahagian pintu peti.

Namun sebelum simpan kena pindah dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca).

Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin.

For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah pula.

Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat pintu. Bahagian pintu suhunya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.

Kredit foto: Pixabay

3. Telur

Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

  • Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu, ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua, telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum di mana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).
  • Jangan dibasuh, disebabkan di kulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
  • Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

  • Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap. Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
  • Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
  • Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh

Baca juga 10 barang dapur yang tak bagus kita simpan dalam peti sejuk

4. Ubat-ubatan

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais, kan?

Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.

Ubat-bat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye.

Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet atau pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila buka cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah buka ubat tu.

Semoga bermanfaat!

Kredit : Hani Mynis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca