SINAR matahari adalah sumber vitamin D yang boleh didapati percuma pada setiap masa dan di mana sahaja.

Ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan termasuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara semula jadi.

Umum maklum, kekebalan tubuh amat penting kerana ia membantu mengurangkan jangkitan pelbagai jenis penyakit.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, berada di bawah sinar matahari perlu menjadi aktiviti harian kanak-kanak.

Ujarnya, terlalu banyak kebaikan jika kita dapat konsisten ajak anak main matahari setiap hari.

“Kalau tak dapat setiap hari, paling kurang satu jam seminggu kita cuba ya. Sabtu dan Ahad, hari cuti tak nak sia-siakan tau,” tulisnya dalam perkongsian di Facebook.

Baca juga Si kecil tidak sihat? Ibu boleh cuba 8 makanan ini kuat paru-paru anak

Gambar fail.Antara kebaikan sinar matahari menurut Dr Mazliana ialah;

  • Kuatkan imuniti anak
  • Kuatkan tulang
  • Tidur anak lebih berkualiti
  • Stabilkan mood anak
  • Bantu perjalanan fungsi sel
  • Bantu hasilkan vitamin D

Jadi, jam berapa patut anak kena main matahari untuk kuatkan imuniti?

1. Boleh mula dulu dengan matahari awal pagi dan lewat petang. Sebelum 9 pagi, selepas 5 petang.

Konsisten buat yang ni dulu satu hingga dua bulan untuk anak. 20 – 30 minit jer sehari paling kurang. Kejap je kan.

2. Dah selesa dengan yang tadi, kita cari pulak matahari 9 pagi sampai 5 petang.

Tinggi lebih lagi nutrisi dan khasiat matahari waktu macam ni.

3. Yang terbaik, masa tengahari rembang panas tu. Paling tinggi nutrisi.

Iklan

Tapi, biasakan dulu dengan step yang pertama. Sebelum 9 pagi, selepas 5 petang. Sunburn teruk kalau terus nak redah matahari rembang. Tak bagus, tak elok untuk anak.

Gambar hiasan (Kredit foto: Canva)

Baca juga Anak hilang selera makan, ini 6 bahan ibu wajib guna dalam masakan

Pesan Dr Mazliana, ibu bapa perlu juga usahakan untuk anak-anak mendapat vitamin D yang cukup.

“Kekangan masa sebab kalian kerja kan. Tapi kena jugak cuba ya. Anak-anak kita sangat kekurangan vitamin D. Tak dapat buat setiap hari, kita cuba seminggu dua kali paling kurang. Kita buat sama-sama ya,” ujarnya.

Sekarang ni timbul pelbagai penyakit, ada sesetengahnya tiada ubat. Jadi, jagalah kesihatan, dapatkan vitamin sesuai, selain bersenam dan mengambil makanan tambahan.

Iklan

Namun, cara paling berkesan dan mudah ketika ini adalah mendapatkan cahaya matahari secukupnya dan jangan selalu berkurung di dalam rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mazliana Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.