Singgah di tadika lupa turunkan anak, ini kronologi budak perempuan maut dalam kereta di parkir rumah

TERTINGGAL selama lapan jam, seorang sepasang suami isteri kehilangan anak perempuan berusia dua tahun selepas ditemukan maut di dalam kereta.

Kanak-kanak perempuan berkenaan dikatakan ditinggal ibunya di dalam kereta, di parkir rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kejadian tragis itu terjadi selepas ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam.

Berikut adalah info berkaitan kejadian:

1. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara.

2. Beliau berkata, hasil siasatan lanjut mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.

Baca juga Lagi kes tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa hantar taska, ditemukan maut di kawasan universiti. 5 kejadian serupa menyayat hati

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

 

3. Ujarnya, sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

4. Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

5. Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

6. Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.

7. Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Baca juga Tertinggal 10 jam, ini kronologi anak doktor maut dalam kereta di parkir hospital

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
Gambar hiasan Google

8. Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.

9. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Iklan

Sementara itu, ini langkah-langkah yang perlu dilakukan ibu ayah untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku;

  • Memeriksa tempat duduk belakang setiap kali meninggalkan kereta.
  • Buka pintu belakang kereta setiap kali parkir walaupun tiada sesiapa di belakang.
  • Letakkan beg, bekas bekal makanan atau botol air anak di tempat duduk hadapan di mana anda boleh melihatnya.
  • Tinggalkan sesuatu di tempat duduk belakang di sebelah anak. Pilih item yang anda perlukan selepas meninggalkan kereta seperti telefon, kad akses pejabat, dompet atau beg tangan.
  • Tampal pelekat peringatan pada tingkap kereta atau berhampiran pemegang pintu yang mana ia boleh dilihat apabila anda keluar dari kereta. Pelekat boleh tertera peringatan ‘lihat belakang kereta sebelum kunci’ atau ‘periksa tempat duduk belakang’.

Anda juga boleh meminta penjaga taska atau pengasuh menghubungi segera jika di kecil belum tiba di pusat asuhan dalam jangka masa tertentu.

Diharapkan ibu bapa untuk elak meninggalkan anak bersendirian dalam kenderaan walaupun seminit.

Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab dengan tidak membiarkan anak yang berusia di bawah enam tahun dalam kenderaan tanpa pengawasan.

Semoga kes yang terjadi ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Iklan

Sekiranya anak terkunci dalam kenderaan, segera hubungi talian kecemasan 999 atau tukang kunci untuk bantuan, halang sinaran matahari dari terus masuk ke dalam kenderaan serta peka keadaan anak setiap masa.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!