Stres yang kronik, ini yang perlu anda tahu

Stress yang kronik, ini yang perlu anda tahu
Stress yang kronik, ini yang perlu anda tahu
A
A
A

DALAM kehidupan moden pada masa ini, SinarPlus percaya ramai yang stres.

Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad dalam perkongsiannya mengatakan ramai orang mengalami rasa stres tanpa menyedari dia sebenarnya sedang mengalami stres.

Inilah yang dikatakan sebagai stres yang kronik.

Mari kita ikuti perkongsian beliau di Facebook miliknya.

Orang-orang pada zaman dulu juga mengalami stres tetapi dalam jangka masalah yang pendek.

Sebagai contoh ketika berburu, mereka terserempak dengan harimau. Mereka akan stres.

Degupan jantung akan menjadi laju, pernafasan akan bertambah pantas dan tahap gula akan meningkat dalam darah (untuk mendapat tenaga tambahan sama ada untuk lari atau melawan).

Keadaan stres ini akan menyelamatkan mereka dan akan berakhir apabila mereka selamat kembali ke rumah.

Pada masa sekarang dalam zaman moden ini kita sentiasa stres.

Kita mengalami pelbagai masalah dari segi kehidupan peribadi (pekerjaan, kewangan), hubungan suami isteri, anak-anak dan rakan sekeliling kita, dan malah peralatan elektronik seperti telefon bimbit boleh menyebabkan kita stres.

Bayangkan kita bangun awal pagi sekitar pukul 5-6 pagi ketika kita masih memerlukan rehat (tidur) kerana tidak tidak dapat melelapkan mata malam semalam.

Kita terlalu risau dengan pekerjaan dan hal anak-anak kita.

Kita bersiap sedia dengan pantas untuk ke tempat kerja dan menyediakan sarapan anak ke sekolah.

Apabila kita memandu di tempat kerja, jalan raya telah dipenuhi dengan kenderaan dan kita berada dalam kesesakan jalan raya. Sedangkan kita sudah agak lambat.

Kita mula gelisah dan mungkin memaki hamun kenderaan yang memotong kita dengan tergesa-gesa atau memandu dengan kelajuan yang perlahan. Kita tengah mengalami stres tanpa kita sedari.

Sampai di tempat kerja, kita pula marah kerana tak ada tempat pakir kereta. Sampai di meja tempat kita bekerja, seperti biasa kita menjadi sibuk dan tahap stres kita semakin meningkat.

Kemudian bila tamat bekerja, kita cepat-cepat keluar untuk mengambil anak atau mengelakkan kesesakan jalan raya.

Kita menjadi stres bila ada pemandu yang membunyikan 'hon' di belakang kita.

Artikel berkaitan: Risiko dijangkiti Covid-19 ketika dalam pesawat penerbangan adalah rendah – Kajian

Sampai di rumah, kita melihat pinggan mangkuk bertimbun dalam sinki, baju berlonggok belum dicuci, ada selonggok kain yang belum dilipat. Kita terus stres sebelum stres kita yang tadi menurun.

Kita pula menyediakan makanan untuk makan malam. Ada anak kita yang telah tertidur tetapi belum mandi lagi.

Anak kecil pula bergaduh dengan abang atau kakaknya. Kita marah dan stres lagi.

Lepas kita selesaikan semua ini, kita baru hendak berehat setelah menggosok baju sementelah jam menunjukkan pukul 12 atau 1 tengah malam.

Bila baru hendak baring di atas katil, kita teringat yang ada barang dalam kereta yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Tentu kita biasa dengan situasi yang lebih kurang begini. Jika ia berlaku sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi ia berlaku setiap hari, kita mengalami stres yang kronik.

Strss yang kronik, masa tidur kita bukan saja tidak mencukupi tetapi kualiti tidur kita juga teruk, pemakanan kita yang tidak seimbang dan tidak bernutrisi.

Kita tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Apatah lagi aktiviti kerohanian yang akan membantu kita mendapat ketenangan dan kedamaian.

Kita akan mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akibat kerosakan pada kelenjar hormon dalam tubuh kita terutama kelenjar adrenal yang sangat sensitif terhadap stres.

Jika ia berlaku bertahun-tahun, kelenjar adrenal kita akan mengalami keletihan. Keadaan ini dinamakan "adrenal fatigue".

Ini menyebabkan kita akan menjadi lebih mudah mendapat penyakit atau mendapat penyakit pada usia yang lebih muda, berbanding dengan orang-orang yang terdahulu.

Jadi, kita haruslah amalkan cara hidup sihat iaitu kawal tekanan perasaan, tidur yang cukup, pemakanan yang seimbang serta lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. Itu kunci untuk sihat sepanjang hayat.

#HealthDrZubaidi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca