SESUNGGUHNYA dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.

Setiap orang menginginkan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. Namun, kebahagian itu tidak akan datang bergolek jika tidak berusaha.

Dalam rumah tangga, komunikasi antara keduanya sangatlah penting. Sentiasalah berbicara dengan pasangan dari hati ke hati tentang perasaan masing-masing.

Namun, dalam banyak-banyak perkara, ada sesetengahnya si isteri tidak mampu meluahkan kepada suami tercinta.

Tugas suami yang terbaik pula, fahamilah isteri korang, ini perkara yang tak terluah oleh mereka;

1. Isteri mahukan perhatian.

Isteri mahu suami bagi perhatian kepada dirinya. Isteri nak suami tanya dia tentang keadaan dirinya, apa yang dia rasa dalam hatinya dan isteri nak suami dengar cerita serta luahannya.

2. Isteri nak cakap dia penat, tak larat tapi takut disalah tafsir suami.

Anggapan suami ialah isteri tak ikhlas membuat kerja sebagai seorang isteri. Percayalah, ungkapan penat dan tak larat itu langsung tidak menggambarkan ketidakikhlasan dia, ia hanyalah satu ungkapan untuk minta diringankan bebanan yang ditanggungnya.

3. Isteri nak ‘reset’ balik dirinya dengan dibawa keluar.

Dia nk ‘reboot’, dia nak ‘refresh’ balik diri dia daripada melihat persekitaran yang sama dan melakukan perkara yang sama berulang kali setiap hari yang mana perkara itu tidak akan habis sampai bila-bila selagi mana dia jadi isteri.

Bawa ronda pun dia dah seronok, bawa makan luar pun dia dah gembira. Kalau suami beli sesuatu untuknya, hadiah, pasti isteri lagi bahagia.

Suami, fahamilah... ini yang tidak terluah oleh isteri

4. Isteri tak suka dibandingkan.

Walaupun mungkin kita tak dengar dia mengiyakan atau membangkang, tapi dia tak suka dibandingkan. Dia adalah dia.

Kita boleh menyuruh isteri untuk memperbaiki apa yang patut tanpa perlu membandingkan dia dengan orang lain.

Iklan

Baca juga [VIDEO]Wahai Suami, Tidurlah Satu Katil Dengan Isteri

5. Isteri sebenarnya tidak suka berleter.

Isteri nak hidup yang tenang, aman dan tenteram. Tapi kalau dia tak berleter, keadaan dan situasi itu akan sentiasa membuatkan dia tertekan.

Leteran itu dapat dikurangkan andai kita sebagai suami faham fungsi dan peranan kita dalam rumah tangga.

6. Isteri mahukan seorang suami yang boleh memimpin.

Isteri mahukan suami yang bertindak sebagai seorang pelindung dan penjaga dia. Bukan isteri yang memimpin, melindungi dan menjaga. Isteri sangat-sangat menghormati suami yang mempunyai akhlak yang baik.

7. Akhirnya, isteri hanya nak bahagia.

Kalau boleh, siapa yang dia pilih untuk jadikan suami, maka sampai ke matilah dia akan berbakti untuk lelaki itu dengan syarat lelaki itu tidak buat dia meragui dan memikirkan semula keputusannya untuk terus bersama.

Iklan

Yang penting, suami dan isteri sentiasalah menghormati dan menjaga hak privasi pasangan dan kekal berada di sisi ketika susah mahupun senang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Firdaus Shakirin