ANTARA sedar atau tidak, sudah menjadi kebiasaan pada masa kini, pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak-anak.

Selain itu, ada suami yang memilih tidak tidur bersama isteri kerana menonton TV di luar bilik mahupun leka bermain ‘game’.

Seperti sebuah perkongsian daripada pakar bidang Gender Intelligence, Ahmad Shafial Uda Jaafar atau dikenali sebagai Pak Utih yang mengatakan pasangan suami isteri amat rugi jika tidak tidur bersama.

Menurutnya, tidur bersama isteri di atas satu katil itu satu nikmat daripada Allah SWT.

“Jika suami tidur di luar atau bersama dengan anak, pisahkan isteri itu bermakna suami sengaja kurangkan kasih isteri. Hambar!

“Korang perlu usaha juga untuk tidur bersama walau apa jua keadaaan.

“Antara nikmat paling best adalah tidur bersama isteri. Jangan kufur nikmat ini,” katanya.

Katanya, jika suami isteri tidak dapat tidur bersama, antara kerugiannya;

1. Seperti menghukum isteri

Jika melihat surah An-Nisa ayat 34 seolah-olah menghukum isteri.

Kata Allah jika isteri nusyuz, nasihatinya. Jika tidak berjaya, pisahkan tempat tidur.

Sebab itu jika tidak tidur bersama isteri seolah-olah menghukumnya sedangkan dia tidak bersalah. Wanita kecil hatinya.

2. Rugi kerana bau yang paling indah bagi wanita adalah bau suaminya.

Jika tidak tidur bersama, isteri tidak dapat mencium bau suami.

Bau suami paling nikmat, jika jauh tidak dapat merasa nikmat tersebut.

3. Saling bersentuhan

Apabila tidur bersama, pasangan saling bersentuhan. Jika bukan sebelum tidur, bila lagi masa pasangan boleh bersentuhan?

Boleh ambil masa sambil baring-baring berdua-duaan. Bahagia. Bicara hati ke hati.

Sangat indah dan gembira apabila celik mata lihat suami atau isteri di sebelah. Itu nikmat yang sangat besar. Rugi jika tidak dapat.

Tidur berasingan ini mendatangkan kesan dan masalah yang lebih mendalam.

Iklan

Wahai suami, sila usahakan tidur bersama isteri. Latihlah anak-anak tidur secara berasingan. Utamakan isteri.

Baca juga Raih hampir 130 ribu ahli, grup FB Riak Apa Hari Ini makin rancak!

Iklan

Antara langkah yang boleh diambil untu mengasingkan tempat tidur anak yang berusia dua tahun ke atas adalah;

1. Sediakan tempat tidur yang selesa dan menarik buat anak. Janganlah ala kadar sahaja. Bagi mereka rasa yang itu adalah khas untuk mereka. Bagi mereka rasa yang itu zon selesa buat mereka. Jika anak perempuan, hiaslah dengan cantik. Jika anak lelaki, mungkin adanya mainan boleh membantu.

2. Amalkan menemani mereka beberapa ketika sebelum mereka tidur. Sambil lampu tertutup, usap mereka, bercakap dengan mereka dan biarkan mereka tenang dan rasa selamat. Cara ini sangat membantu.

Justeru kepada suami dan isteri, bersama-samalah menjadikan tempat tidur sebagai ruang paling selesa. Sentiasalah tidur sekatil bagi menguatkan lagi ikatan cinta.

@pakutih##fyp ##tiktokmalaysia ##tiktokindo ##suamiisteri Jika suami tidur di luar atau bersama dgn anak, pisahkan isteri. Anda sengaja kurangkan kasih isteri.♬ original sound – Pak Utih