Suami, janganlah sibuk dengan ‘handphone’ dan ‘game’ sahaja, belailah isteri subur ikatan cinta

JASAD ada di depan mata anak dan isteri tapi bagaikan tak bernyawa. Itulah realiti sekarang.

Hidup seorang suami yang berlebih-lebihan menghadap telefon bimbit, ada sesetengahnya terjebak dengan ketagihan game.

Telefon sentiasa di tangan, masa seakan tidak cukup, semua benda atau perkara lain berkaitan anak dan isteri mahupun keluarga dianggap gangguan.

Sampai bila isteri dan anak-anak boleh sabar ya berdepan suami atau bapa sebegitu?

Pesan Pakar Motivasi terkenal negara Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, menerusi perkongsian di Facebooknya, alam rumah tangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri.

“Suami perlu ingat, isteri tak pernah mendoakan hal buruk untuk suaminya walau macam mana pun perangai suami.

“Isteri juga takkan pernah doakan suaminya ditimpa ujian berat walau saat itu seorang isteri sedang diuji berat dari segi hati dan mentalnya.

“Isteri juga tak pernah minta suaminya dihukum oleh Tuhan biarpun dosa yang telah disaksikannya tak boleh diterima akal.

“Yang dia minta, ALLAH beri suaminya hidayah. Buka pintu hati dan berubah demi masa depan keluarga.

“Kerana harapannya besar. Dia tahu dia sedang berusaha menyelamatkan syurga yang kalian cipta saat dia mendengar lafaz suami berkata, ‘aku terima nikahnya…’, katanya.

Baca juga Ini petua rumah tangga kebal elak ‘disondol’, point nombor 5 suami wajib buat

Isteri tegur kesalahan suami
TEGURLAH kesalahan suami dengan berhemah dan berlemah lembut.

Maka, para suami. Dengarlah rintih dan kasih sayang seorang isteri.

“Saat kalian penat dan sudah mulai bosan dalam rumah tangga, janganlah terus menerus lukakan hatinya.

“Galilah semula keindahan berumah tangga. Ingat semula tanggungjawab dan keseronokkan awal percintaan dahulu.

Iklan

“Malam ini, sebelum tidur, janganlah sibuk dengan ‘handphone’ dan ‘game’ sahaja. Semua itu tolak tepi. Duduk sebelah isteri dan belainya perlahan-lahan.

“Belaian itu bukan sahaja untuk melembutkan hati isteri namun sentuhan mesra itulah yang akan menambah rezeki buat suami selepas ini. Mula terus hari ini.

Baca juga ‘Kita isteri jangan kalah dengan skandal’, Bienda mohon wanita jangan lepas tangan, pantau suami

“Cipta semula keharmonian. Suburkan ikatan mesra. Berdamailah dengan cinta dan kasih sayang.

Iklan

“Percayalah apa yang kalian cuba lakukan hari ini akan menentukan kebahagiaan kalian untuk 5,10 tahun bahkan sepanjang hidup berumah tangga.

“Semoga semakin ramai pasangan di luar sana menemui kebahagiaan dan cinta sejati. Tok Abah sentiasa berdoa,” pesannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.