‘Kita isteri jangan kalah dengan skandal’, Bienda mohon wanita jangan lepas tangan, pantau suami

AKHIR ini, isu curang, isteri kedua, bermadu dan orang ketiga dalam rumah tangga menjadi bualan hangat kalangan masyarakat kita.

Setiap rumah tangga pasti pernah diuji. Ada yang diuji dengan kewangan, anak, mentua, orang ketiga dan sebagainya.

Biasanya golongan wanitalah yang paling terkesan jika rumah tangga dilanda masalah dan ujian terutamanya dalam dugaan kehadiran orang ketiga.

Sehubungan itu, penyanyi nasyid, Bienda menasihat para isteri untuk tidak mengalah jika berdepan dengan masalah rumah tangga.

Menerusi temu bual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) baru-baru ini, penyanyi berusia 38 tahun itu meminta para isteri untuk mengubah keadaan daripada hanya berserah.

“Kita isteri-isteri jangan mengalah. Kita cuba ubah keadaan itu, kena selalu dengan suami sebab suami kadang-kadang dia tak cakap tapi suami ni dia manja dia nak kena selalu dekat dengan dia.

“Kena selalu ikut dan ada dengan dia, even media sosial dia pun kita kena pantau, jangan lepas tangan! Jangan rasa malaslah nak fikir sebab kita malas, kita buka ruang.

“So kita kena fikir, tak kisah kita ada anak-anak ke, kadang-kadang orang cakap kita kena bertahan sebab ada anak-anak… jangan! Kita jangan kalah dengan skandal!” kata Bienda.

Baca juga Jom praktik! Elak perang besar suami isteri, tiga masa ini paling sesuai berbincang

Foto fail

Malah, pelantun lagu Penantian itu turut memberi tip dan doa kepada para isteri amalkan untuk kebahagiaan rumah tangga.

Iklan

“Kita isteri, ALLAH dah rezekikan kita jodoh, Alhamdulillah dan suami kita pun kena sama-sama doakan banyak-banyak untuk suami kita.

“Ya ALLAH Ya Tuhanku, bukakanlah pintu hati dia Ya ALLAH untuk selalu melihat aku cantik, aku ini cukup untuk dia, tundukkan pandangan mata dia untuk melihat wanita-wanita lain.

Baca juga Tular 9.5 juta view, jadi isteri ketiga ketika isteri kedua hamil 6 bulan, wanita tersenyum bergambar mesra dengan madu

“Ini tip, doa itu penting dan Bienda cakap benda tu betul. Honestly, Bienda kata memang sangat-sangat berhasil,” kongsinya.

Iklan

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali bernikah dengan Kamarul Zariman Abdul Rahman pada 10 Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.