Sudah bersedia dine-in di restoran? Cadangan PM buat individu lengkap 2 dos vaksin

A
A
A

PELAKSANAAN Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dicatatkan menunjukkan perkembangan positif. Kebanyakan peserta yang mendaftar untuk vaksinasi memberikan kerjasama terbaik.

Direkodkan, setakat 14 Julai 2021 seramai 12,647,558 rakyat sudah mendapat suntikan vaksin Covid-19 yang mana 26.5 peratus merupakan kumpulan dos pertama manakala sebanyak 4,003,266 pula individu lengkap dua dos.

Susulan perkembangan tersebut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk mempertimbangkan kelonggaran kepada individu lengkap dua dos vaksin.

Menerusi cadangan berkenaan antara kelonggaran bakal dinikmati penerima dua dos adalah melibatkan perjalanan dan makan (dine-in) di restoran.

"Ia sama ada dari segi perjalanan ataupun makan di restoran.

"Ini menunjukkan sementara kita menguruskan Covid-19, sedikit demi sedikit rakyat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini," katanya.

Bagaimanapun, setakat ini pihak Majlis Keselamatan Negara belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perubahan prosedur operasi standard berkaitan perjalanan atau dine-in.

Baca juga “Alhamdullilah Seronok Mak Saya Dengar, Boleh Tunai Haji” – Penerima Lega, Arab Saudi Iktiraf Vaksin Sinovac

Foto: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca