‘Supermoon’ terbesar, paling terang bakal berlaku 26 Mei. Ketahui Mitos dan kepercayaan tentang fenomena gerhana
PADA 26 Mei 2021 ini dijangkakan satu lagi fenomena ‘supermoon’ untuk tahun 2021 akan berlaku. Bukan sahaja menjadi ‘supermoon’ terbesar dan paling terang untuk tahun ini, malah ia adalah fenomena gerhana bulan penuh.
Tidak seperti ‘Super Pink Moon’ yang berwarna merah jambu, ‘Super Blood Moon’ pula berwarna merah. Fenomena ini amat menakjubkan.
Tidak dinafikan gerhana juga boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku bagi sesetengah individu. Ia menimbulkan rasa takut, rasa ingin tahu, inspirasi dan telah dikaitkan dengan mitos, legenda, dan tahayul yang banyak diceritakan pada masa yang lalu.
Bahkan pada hari ini, masih ada yang beranggapan gerhana matahari dianggap sebagai pertanda buruk dalam banyak pelbagai kebudayaan di dunia. Berikut adalah mitos-mitos yang beredar dalam masyarakat dunia tentang fenomena gerhana.
- Gerhana hanya dilihat gerhana melalui cermin mata hitam? Ya. Fakta ini benar bagi gerhana matahari tetapi bagi gerhana bulan tidak membahayakan mata dan korang boleh melihatnya secara terus.
- Gerhana boleh membahayakan anak di dalam kandungan ibunya? Mohon jangan percaya kerana ia adalah mitos.
- Anggapan gerhana matahari sebagai acara ‘run-of-the-mill’ adalah mitos. Walaupun ia berlaku kira-kira sekali setiap 18 bulan, namun lokasi seterusnya mungkin berlainan, tidak akan sama!
Baca juga: Gerhana matahari dan bulan keajaiban alam yang menakjubkan. 10 Fakta mengenainya ini wajib diketahui
Kepercayaan, mitos dan tahayul zaman dahulu
Budaya kuno cuba memahami bagaimana matahari lenyap sementara di langit sehingga mereka muncul dengan pelbagai mitos bagi mencari penyebab gerhana matahari terjadi.
Dalam banyak budaya, ada yang mengaitkan gerhana matahari dimakan legenda mitos. Ada juga mentafsirkan peristiwa itu sebagai tanda dewa yang marah atau bertengkar. Malah ada juga mitos yang menganggap peristiwa gerhana syaitan kelaparan. Mitos ini jangan sekali-kali kita percaya!
Di Vietnam, masyarakat di sana percaya bahawa gerhana matahari disebabkan oleh seekor katak raksasa melahap matahari, sementara masyarakat Norse di Jerman pula menyalahkan serigala kerana memakan matahari.
Bagi masyarakat Cina dahulu, mereka percaya seekor naga angkasa memakan ‘siang’ pada Matahari yang menyebabkan gerhana matahari terjadi. Sehingga perkataan Cina gerhana, chih atau shih bermaksud makan.
Manakala dalam mitologi Hindu kuno, dewa Rahu dipenggal oleh para dewa untuk menangkap dan meminum Amrita, madu bunga kepunyaan dewa. Kepala Rahu terbang ke langit dan menelan matahari menyebabkan gerhana.
Cerita rakyat Korea pula memberikan satu lagi penjelasan kuno di mana gerhana matahari berlaku kerana anjing cuba mencuri matahari.
Mitos dan legenda gerhana matahari oleh Amerika Asli Pomo iaitu sekumpulan orang asli yang tinggal di barat laut Amerika Syarikat menceritakan kisah beruang yang memulakan pertarungan dengan matahari dan menggigitnya. Hinggakan fenomena gerhana matahari dipanggil sebagai ‘Sun got bit by a bear’ dalam masyarakat Pomo.
Manakala orang Yunani kuno percaya bahawa gerhana matahari adalah tanda dewa-dewa yang marah dan itu bermaksud permulaan bencana dan kehancuran.
Bagi suku Tewa yang tinggal di New Mexico di Amerika Syarikat percaya bahawa gerhana matahari menandakan matahari ‘marah’ dan meninggalkan langit untuk pergi ke rumahnya di dunia bawah.
Baca juga: Fenomena Super Blood Moon pada 26 Mei ini, bulan penuh serentak dengan gerhana bulan
Mitos moden mengenai gerhana matahari
Ketakutan terhadap fenomena gerhana matahari masih ada hingga kini. Antara mitos yang tersebar ialah ia pertanda jahat yang membawa kepada kematian, kehancuran, dan bencana.
Salah anggap popular mengenai gerhana matahari ialah ia boleh membahayakan wanita hamil dan anak-anak mereka yang belum lahir. Dalam banyak budaya, anak-anak kecil dan wanita hamil diminta untuk tinggal di dalam rumah semasa gerhana matahari walhal perkara itu adalah mitos sama sekali.
Kebanyakan tempat di India, masyarakat di sana akan berpuasa semasa gerhana matahari kerana pada kepercayaan mereka makanan yang dimasak semasa gerhana berlaku akan beracun dan tidak suci.
Tidak semua tahayul di sekitar gerhana matahari adalah mengenai pembalasan dan kejahatan. Di Itali misalnya masyarakat di sana percaya bahawa bunga yang ditanam semasa gerhana matahari lebih cerah dan lebih berwarna daripada bunga yang ditanam pada waktu lain sepanjang tahun.
Diharapkan korang tidak mengambil serius mengenai mitos ini dan jangan sekali-sekali percaya kerana ia boleh menimbulkan kesyirikan dalam Islam. Saintis dan ahli astronomi di seluruh dunia telah menolak kepercayaan tersebut. Tidak ada bukti saintifik bahawa gerhana matahari boleh mempengaruhi tingkah laku manusia, kesihatan, atau persekitaran. Bagaimanapun, menekankan bagi yang menyaksikan gerhana matahari mestilah melindungi mata mereka.
Sumber: timeanddate.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang