Set moreh, set talam atau pun set bufet Ramadan gaya tradisional membawa anda mengimbau kenangan silam

No Image Caption
A
A
A

RAMADAN adalah masa untuk refleksi, kesyukuran, dan hubungan. Rasai pengalaman mencipta kenangan bersama insan tersayang melalui iftar Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Nikmati rasa halal asli warisan kulinari Malaysia pada Ramadan ini, di mana lebih daripada 150 hidangan menarik bersatu untuk menceritakan kisah tradisi, inovasi, dan gabungan budaya.

Untuk menjadikan pengalaman istimewa ini lebih bermakna, Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan harga istimewa RM189 untuk dewasa, manakala kanak-kanak berumur 6–12 tahun berharga RM94.50 seorang.

Bukan itu sahaja. Anda juga boleh merasai set moreh tiffin dalam suasana tenang di Pavilions Lounge yang tersedia dari jam 9.00 malam hingga 12.00 pagi. Selepas iftar yang memuaskan, moreh adalah tradisi yang dihargai, masa untuk bersantai dan berkongsi makanan ringan dan snek tempatan dengan secawan teh yang hangat. Anda boleh dapatkan set ini pada harga RM39 untuk dua orang.

Set talam antara pilihan lain yang disediakan pihak hotel untuk pelanggan tersayang. Hidangan komuniti gaya lama yang membawa rasa nostalgia akar kulinari Malaysia ini berharga RM 99 untuk dua orang.

Bagi anda yang merancang untuk bermalam sambil merasai keseronokan bersahur dan berbuka di hotel, boleh memilih pakej penginapan Sheraton Ramadan Bliss. Tersedia dari 2 hingga 29 Mac 2025, pakej ini bermula pada harga RM600 untuk satu malam termasuk penginapan, sahur harian atau bufet sarapan untuk dua dewasa dan juga Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita untuk dua dewasa.

Pakej eksklusif ini menyediakan peluang sempurna untuk menikmati retret yang tenang dan mewah semasa bulan suci bersama keluarga tercinta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang